Wednesday, November 18, 2009

ISU WANG IHSAN KELANTAN KECUH DI DEWAN RAKYAT

DEWAN Rakyat kecoh, semalam apabila berlaku pertikaman lidah membabitkan beberapa pemimpin pembangkang dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz ketika beliau memberi penjelasan berhubung pemberian wang ihsan kepada Kelantan dan bukannya royalti seperti dituntut.

Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub yang mendakwa Nazri cuba memutarbelitkan fakta berhubung isu itu mencabarnya untuk berdebat mengenai perkara berkenaan di luar dewan sama ada di Kuala Lumpur atau di Kota Bharu.
Nazri yang menerima cabaran itu dan sanggup berdebat walaupun diadakan di markas Pas, memaklumkan fakta dibentangkannya mengikut peruntukan undang-undang. Beliau berkata, Akta Kemajuan Petroleum (PDA) 1974 bersama perjanjian antara Petronas dengan kerajaan negeri hanya memperuntukkan bayaran tunai bagi petroleum dicarigali dan diusaha hasil dalam sempadan negeri. Katanya, berasaskan tarif sempadan negeri itu, tiada petroleum diusahakan di perairan Kelantan, sekali gus tiada asas perundangan bayaran royalti petroleum kepada negeri itu.


"Mengikut Ordinan Kuasa-kuasa Perlu Darurat 1969 (no 7), perairan sesebuah negeri ditakrifkan kawasan yang terletak tidak melebihi tiga batu nautika diukur dari tikas air surut dan ketika ini, medan minyak dan gas di perairan Malaysia yang mengeluarkan hasil adalah di luar tiga batu nautika atau di luar kawasan perairan negeri," katanya ketika menggulung perbahasan di Dewan Rakyat. Bagaimanapun jawapan itu dibantah Salahuddin, Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur), Saifuddin Nasution Ismail (PKR-Machang), Dr Dzulkefly Ahmad (Pas-Kuala Selangor), Mohd Yusmadi Mohd Yusoff (PKR-Balik Pulau) dan Khalid Abdul Samad (Pas-Shah Alam). Mereka mendakwa mengikut PDA, setiap negeri layak mendapat lima peratus daripada nilai petroleum yang ditemui di dalam atau di luar perairan negeri masing-masing.

Itulah sikap pemimpin pembangkang cuma mencari publisiti dan menampakkan perjuangan mereka untuk negeri Kelantan kerana kerusi yang beliau menang dari Kelantan.. Itu sahaja yang boleh dilakukan oleh mereka. Memohon wang dari kerajaan pusat sedangkan mencari sumber lain tidak tahu, kata mereka itu hak mereka. Perkara ini rakyat sudah muak dengan gelagat pemimpin pembangkang.

1 comment:

  1. Salam MatYen, biarlah mereka keroh ke, berkarat ke, dia tak sabar nak pulun wang ehsan...... bila lagi nilah masanya.....

    ReplyDelete