Thursday, November 5, 2009

PERATURAN WAJIB KERETA BERUSIA DIKAJI SEMULA



KUALA LUMPUR: Kerajaan bersedia meneliti semula peraturan mewajibkan semua kenderaan penumpang berusia lebih 15 tahun menjalani pemeriksaan tahunan di Pusat Pemeriksaan Berkomputer (Puspakom) jika ia membebankan rakyat. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata pertimbangan itu sekiranya syarat berkenaan terbukti membebankan pemilik kereta lama yang kebanyakannya terdiri daripada golongan yang tidak berkemampuan.


Sehubungan itu, beliau mengarahkan Kementerian Pengangkutan menyediakan laporan terperinci berhubung bantahan pelbagai pihak untuk kajian lanjut. "Kita sebagai kerajaan yang bersikap terbuka, mahu mereka (orang ramai) kemukakan kes kenapa mereka rasa susah sangat untuk syarat itu dilaksanakan, beban apa yang timbul. "Kita akan dengar... kalau ada asas tertentu sama ada untuk buat pengecualian, itu kita kena teliti... saya percaya kalau kumpulan ini ada sebab kukuh tidak puas hati, mereka boleh kemukakan," katanya pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Akuakultur Asia Pasifik 2009 di sini, semalam.


Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas rungutan pelbagai pihak yang meminta kerajaan mempertimbang dan memperhalusi syarat mewajibkan kenderaan penumpang berusia 15 tahun ke atas menjalani pemeriksaan tahunan di Puspakom seperti disyaratkan dalam Dasar Automotif Nasional (NAP). Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata syarat baru itu sebenarnya untuk menjaga keselamatan, bukan berniat untuk menyusahkan rakyat. yang dicapai pada mesyuarat Majlis Biodiversiti-Bioteknologi Negara Keenam (MBBN6) yang dipengerusikannya, semalam.


komen : Jika langkah kerajaan memperkenalkan kenderaaan berusia 15 tahun ke atas perlu dilakukan pemeriksaan ia akan membebankan golongan golongan yang berpendapatan rendah. Ini kerana kenderaan lama cuma digunakan oleh mereka yang tidak mampu membeli kenderaan baru dan miskin dari segi wang ringgit. Sekirannya diperkenalkan ia akan menjejaskan sokongan penggundi kepada Bn pada Pilihanraya akan datang. Oleh itu ia perlu dikaji sedalam-dalam nya sebelum diluluskan dan dilaksanakan oleh kerajaan,.

1 comment:

  1. Salam bro, kawan setuju dengan syarat harga kereta baru keluaran Malaysia tak lebih RM20,0000 sebuah........ tiap 5-10 tahun kawan tentu tukar baru punya.... kah...kah....kah.....

    Deme tu, jual-juallah kereta buruk lama tu sebelum mendatangkan masalah....

    ReplyDelete