BALIK PULAU 12 Nov. - Ketua Menteri, Lim Guan Eng terus didesak memberi penjelasan berhubung status pemilikan tanah Lot 408 bersebelahan Hotel Eastern & Oriental di Georgetown yang didakwa telah ditukar oleh kerajaan negeri.
Pergerakan Pemuda UMNO Pulau Pinang yang melahirkan rasa kecewa di atas perkara itu menggesa Guan Eng memberitahu perkara sebenar dan meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri sekiranya wujud penipuan dalam soal itu.
Bendaharinya, Aziaan Ariffin berkata, sebagai rakyat Pulau Pinang mereka telah hilang kepercayaan terhadap Ketua Menteri yang kononnya selama ini mengamalkan ketelusan dalam pentadbiran negeri tetapi berbuat sebaliknya.
Menurut beliau, Guan Eng selaku seorang yang sering melaungkan prinsip cekap, akauntabiliti dan telus (CAT) dalam pentadbirannya malah turut mengikut cara Khalifah Umar Abdul Aziz tidak sepatutnya berbohong dalam jawapannya semasa Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN).
''Jika beliau berbohong di dewan yang mulia itu, bermakna rakyat Pulau Pinang juga telah diberi fakta tidak tepat dan tidak benar, dengan kata lain kami sebagai rakyat telah ditipu oleh beliau.
''Adakah begini sikap seorang pemimpin yang mengamalkan ketelusan, ini tidak boleh diterima langsung kerana tidak sepatutnya seorang Ketua Menteri berbohong di dewan yang mulia.
''Apakah motif beliau menyembunyikan kelulusan tersebut daripada pengetahuan rakyat, ini baru satu pembohongan beliau terhadap rakyat yang kita dedahkan, bagaimana pula yang lain-lain," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
Kelmarin, Ketua Pembangkang, Datuk Azhar Ibrahim dan pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) menggesa Guan Eng memberi penjelasan berhubung status tanah di sebelah Hotel E&O di sini.
Itulah Lim Guang Eng cuma pandai bercakap ketulusan tetapi gagal melaksanakan apa yuang dikata.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment