Thursday, January 21, 2010

KALID IBRAHIM HILANG JAWATAN KETUA PKR BAHAGIAN KUALA SELANGOR



KUALA SELANGOR 20 Jan. - Parti Keadilan Rakyat (PKR) Bahagian Kuala Selangor yang diketuai Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dibubarkan setelah 13 ahli jawatankuasanya (AJK) meletak jawatan.
Kesemua 13 AJK berkenaan termasuk Ketua Angkatan Muda (AMK), Nazaruddin Darmawan dan Ketua Wanita, Fauziah Sulaiman meletak jawatan secara berperingkat bermula November lalu hingga kelmarin.
Mereka bertindak demikian kerana hilang kepercayaan terhadap Abdul Khalid yang juga Pengerusi Perhubungan PKR Selangor.


Pengumuman pembubaran PKR Bahagian Kuala Selangor itu dibuat oleh Timbalan Ketua bahagian itu, Arshad Abu Bakar di sini hari ini.
Dengan pengumuman itu, bermakna Abdul Khalid hilang jawatan Ketua Bahagian sehingga pemilihan baru diadakan yang dijangka pada Mac ini.
Arshad pada sidang akhbar juga berkata, pembubaran itu dibuat kerana AJK bahagian itu yang dipilih pada Mesyuarat Agung Tahunan Bahagian 2007 (untuk sesi 2007-2010) kini hanya tinggal tiga orang.


Itulah PKR telah hilang arah tuju dan perjuangan. Kalangan orang kuat di PKR Kuala Selangor telah keluar parti secara beramai kerana hilang kepercayaan kepada Khalid Ibrahim.

PKR sengaja menyembunyikan kelemahan mereka kepada umno, sedangkan banyak permasalah berlaku di dalam parti Keadilan itu.

4 comments:

  1. Tak malu ker duduk kerusi no 1 tu ? Kalau dah bercerai dengan bini buat apa balik rumah mertua lagi....

    ReplyDelete
  2. Salam Matyen,

    Tunggulah akan kehancuran rejim 'pakatan rompak rakyat' ini...........InsyaAllah......

    ReplyDelete
  3. Salam Perjuangan,

    Kami dari UMNO CAWANGAN GOMBAK SELATAN amat terpegun dan meminati penghasilan blog anda yang amat berani mengutarakan isu2 berkaitan politik tanah air..

    Semoga kita dapat bekerjasama dalam menjawab segala dakyah dan fitnah pembangkang.

    Ketua UMNO Cawangan Gombak Selatan, En. Abd. Razak Muhamad menyampaikan Salam Kasih khas buat anda.

    Kami juga telah link blog anda di blog kami.

    SEKIAN,

    CREW EDITOR BLOG,
    UMNO CWGN. GOMBAK SELATAN,
    BAHAGIAN WANGSA MAJU.

    ReplyDelete
  4. Salam,

    Kepada, UMNO Caw. Gombak Selatan.
    Kita sama-sam, berjuang dalam memulihkan kembali sokongan orang melayu kepada UMN0, buangkan sagala sifat yang membuatkan orang melayu tidak suka kepada UMNO. Oleh itu kita sama-sama berubah dan menarik sokongan golongan belia supaya menyokong kepada UMNO.Tarima kasih atas sokongan dan melayari blog matyen.

    ReplyDelete