Monday, January 4, 2010

100, 000 AHLI NGO BANTAH PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH OLEH AGAMA LAIN

KUALA TERENGGANU - Hampir 100,000 ahli mewakili 20 Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang bergabung di bawah Gerakan Kebangkitan Rakyat (Gertak) di negeri ini membantah penggunaan kalimah Allah oleh agama lain.

Penyelaras Gertak, Razali Idris berkata, pihaknya bersetuju perkataan Allah hanya boleh digunakan umat Islam sahaja dan mana-mana orang Islam yang menyokong kalimah suci itu digunakan agama lain dianggap sebagai pengkhianat.

Sehubungan itu, satu perhimpunan secara aman pada Jumaat ini, jam 5 petang di Pantai Batu Burok bagi membantah perkara tersebut.

“Pada hari itu, kita juga akan menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin melalui Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR),” katanya dalam satu sidang media di Motel Desa, di sini semalam.

Razali berkata, beliau berharap semua masyarakat Islam di Terengganu dapat menyertai perhimpunan berkenaan kerana ia amat penting bagi orang Islam mempertahankan kalimah Allah dari digunapakai agama lain.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebelum ini membenarkan penggunaan perkataan Allah dalam penerbitan mingguan Herald-The Catholic Weekly dan ianya mencetuskan bantahan daripada banyak pihak dalam kalangan masyarakat Islam.


Oleh bersatulah, umat Islam demi agama Islam yang telah dicabar oleh agama lain dalam negara ini. Jika kita tidak bersatu islam akan diperlekehkan oleh mereka dan mertabat islam mesti diangkat dalam negara ini kerana Agama Islam dalam Perlembagaan di iktiraf.

1 comment:

  1. Salam Mat Yen, inilah Melayu Islam mereka akan bersatu kalau diusik bab agama Islam.......

    ReplyDelete