Tuesday, January 12, 2010

MAJALAH HERALD SETUJU HENTI GUNA KALIMAH

KUALA LUMPUR: Mulai Ahad lalu, Herald-The Catholic Weekly tidak lagi menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya bagi meredakan perasaan marah umat Islam terhadap keputusan Mahkamah Tinggi 31 Disember lalu yang mengisytiharkan kalimah Allah bukan eksklusif kepada Islam saja.

Editor majalah itu, Reverend Lawrence Andrew, berkata keputusan itu dibuat pada 4 Januari lalu, didorong atas rasa tanggungjawab untuk menjamin keamanan negara dan kesejahteraan serta keharmonian rakyat berbilang bangsa. "Sebagai rakyat Malaysia yang cintakan negara ini, adalah menjadi tanggungjawab kami untuk membuat keputusan itu. Walaupun sedih dengan apa yang berlaku kebelakangan ini (tindakan membakar gereja), saya berasa tindakan kami boleh membantu untuk mengurangkan ketegangan dalam negara.

"Keputusan itu juga dengan mengambil kira sebarang huru hara boleh mengakibatkan rakyat terutama di kalangan miskin menanggung beban, selain menjejaskan ekonomi negara apabila pelabur bertindak untuk tidak meneruskan urus niaga mereka di sini," katanya ketika dihubungi di sini, semalam. Isu penggunaan kalimah Allah menimbulkan kemarahan umat Islam apabila Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Lau Bee Lan membenarkan permohonan semakan kehakiman oleh Ketua Biskop Roman Katolik Kuala Lumpur, Tan Sri Murphy Pakiam untuk menggunakan kalimah Allah dalam Herald-The Catholic Weekly. Lau juga memutuskan Herald punyai hak dari segi perlembagaan untuk menggunakan kalimah itu bagi menyebarkan agama Kristian kepada penganutnya.


Sepatutnya akhbar Herald-The Catholic perlu memahami penggunaan parkataan Allah bagi orang Kristian di negera ini. Orang Islam tidak boleh terima penggunaan nama Allah oleh agama Islam kerana ia boleh mengugat dan memesongkan akidah umat islam dalam negara ini.

1 comment: