Monday, June 7, 2010

ATASI MASALAH GOLONGAN MUDA

KOTA KINABALU 6 Jun - Resolusi Makmal Pemuda Barisan Nasional (BN) yang dijangka dibentang awal Julai ini dijangka menyentuh mengenai beberapa masalah golongan muda termasuk membeli rumah untuk mereka yang baru mendirikan rumah tangga.

Selain itu, masalah lepasan institusi pengajian tinggi (IPT) yang sukar mendapat pinjaman bagi memulakan perniagaan juga akan disentuh pada sesi pembentangan itu.
Pengerusi Makmal Pemuda BN, Sufian Awang berkata, kedua-kedua masalah berkenaan merupakan antara contoh isu-isu berkaitan orang muda yang telah dibincangkan secara mendalam di dalam makmal berkenaan.


Beliau menambah, usaha memahami denyut nadi golongan muda tidak akan berakhir dengan sesi pembentangan resolusi tetapi perlu disusuli sesi bersemuka antara golongan itu dengan Perdana Menteri.
''Mereka yang hadir akan dipilih secara rawak bagi mewakili semua peringkat golongan muda tanpa mengira fahaman politik," ujarnya.
Terdahulu dalam ucapannya, Exco Pemuda UMNO itu mengingatkan tugas berat menanti seluruh jentera pergerakan itu dalam menarik golongan muda kepada UMNO dan BN.
''Perlu diingat bahawa terdapat tujuh juta golongan muda layak menjadi pemilih pada pilihan raya akan datang dan cabaran kita adalah untuk memastikan mereka memilih UMNO dan BN,'' katanya.


Ini langkah terbaik bagi menyelami hati pemuda diperingkat akar umbi. Ia perlu didakati dan diselami hati mereka sepaya terus menyokong kepimpinan Datuk Seri Najib, selaku Perdana Menteri dan BN pada pilihanraya Umum akan datang.

1 comment:

  1. Pemuda BN bukan saja perlu mengatasi segala pemasalahan golongan muda, malah perlu membersih minda mereka yg sudah terlalu jauh didakyah oleh pengkhianat negara dgn dakyah-dakyah yg kurang sehat...

    ReplyDelete