Wednesday, June 2, 2010

UMUM KERAJAAN MUFLIS BUKAN TINDAKAN BIJAK

SHAH ALAM – Pengumuman kerajaan akan muflis pada 2019 jika meneruskan subsidi bukan satu perkara yang bijak malah pandangan tersebut masih boleh dipertikaikan ketepatannya, kata bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo. Beliau berkata, pembentangan Makmal Rasionalisasi Subsidi menimbulkan pelbagai tanda tanya kepada rakyat dan jika saranan saranan oleh makmal itu dilaksanakan sepenuhnya, negara akan mengalami inflasi yang serius dan menjejaskan kehidupan rakyat.

Katanya, beliau pernah mencadangkan agar diwujudkan mekanisme baru subsidi bagi menentukan had kemampuan kerajaan memberi subsidi dan menentukan sektor yang akan mendapat subsidi mengikut kepentingan masyarakat ramai. “Mungkin kerajaan perlu menghapuskan subsidi dalam beberapa industri yang tidak begitu utama kepada rakyat seperti gula namun penghapusan subsidi ini perlu dijalankan serentak dengan liberalisasi industri tersebut dan membenarkan sesiapa sahaja mengimport gula dan bersaing dengan cara terbuka,” katanya melalui laman blognya, semalam. Dr Khir berkata, jika kerajaan mahu menghapuskan subsidi beras, jalan terbaik ialah menghapuskan monopoli beras dan kawalan kemasukan beras negara luar, kerajaan tidak boleh dalam satu keadaan menarik balik subsidi tetapi dalam masa yang sama mahu menentukan ‘pemain’ industri.

Kerajaan perlu mengkaji keperluan subsidi tersebut kerana impaknya kepada golongan yang berpendapat rendah. Yang berkemampuan tiada masalah. Jika negara boleh muflis ia perlu mengurangkan subsidi tersebut. Rakyat akan faham apa yang berlaku dan perlu menyelesaikan masalah tersebut.

1 comment:

  1. Setuju dengan pandangan Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo.....

    ReplyDelete