Thursday, December 3, 2009

2,929 MISKIN TEGAR BANDAR TERIMA RM 29.2 JUTA

KUALA LUMPUR 2 Dis. - Seramai 2,929 ketua isi rumah miskin tegar di bandar didaftarkan untuk menerima Amanah Saham Wawasan (ASW) bernilai RM29.2 juta.
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Lajim Ukin berkata, jumlah pengagihan sebanyak 10,000 unit ASW setiap seorang itu adalah sehingga 30 September lalu.


Katanya, di Melaka, terdapat 42 penerima dengan jumlah pelaburan RM420,000; Johor 149 orang (RM1.16 juta), Pahang 88 orang (RM880,000), Negeri Sembilan 24 orang (RM240,000), Kedah 13 orang (RM130,000) dan Pulau Pinang 60 orang (RM600,000).
Di Perlis pula katanya ada seramai 61 orang menerimanya dengan jumlah pelaburan RM610,000, Wilayah Persekutuan Labuan 34 orang (RM340,000), Selangor 114 orang (RM1.14 juta), Terengganu 477 orang (RM4.77 juta), Kelantan 114 orang (RM1.14 juta), Sarawak 480 orang (RM4.8 juta) dan Sabah 1,148 orang (RM11.48 juta).
"Di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pula seramai 102 orang didaftarkan dan buku pelaburan mereka akan diserahkan pada majlis pelancaran program berkenaan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak nanti," katanya yang menjawab soalan lisan Mohd. Firdaus Jaafar (Pas-Jerai) di Dewan Rakyat hari ini.
Menjawab soalan tambahan Mohd. Firdaus mengenai kriteria kelayakan penerima unit ASW secara percuma itu, Lajim berkata, mereka ialah yang telah mendaftar dengan portal data e-Kasih Jabatan Perdana Menteri (JPM).


Syarat-syarat lain pula, katanya, ialah golongan yang tidak pernah menerima apa-apa saham daripada kerajaan, tidak mempunyai simpanan RM1,000 dalam akaun dan tidak muflis.
"Bantuan ini adalah menyeluruh dan bukannya untuk penyokong kerajaan sahaja kerana bagi kerajaan orang miskin wajib dibantu," katanya.


Itu adalah tanggungjawab kerajaan BN dalam membantu rakyat di dalam negara ini.
Bukan tinggal janji dalam pilihanraya sahaja seperti yang dijanjikan oleh parti Keadilan Rakyat. Semasa dalam pilihanraya berbagai janji yang ditaburkan tetapi tidak ada apa yang ditunaikan oleh PKR, terutama dalam membantu golongan rakyat miskin.

1 comment:

  1. Mat Yen, tapi kebanyakan rakyat Malaysia, lebih-lebih lagi Melayu yang sudah dibutakan, ditulikan oleh PAS, mereka mahu semua bantuan, tapi tidak mahu berterima kasih....

    ReplyDelete