Thursday, February 18, 2010

NIK AZIZ AMALKAN DEMOKRASI TERPILIH



KUALA LUMPUR 17 Feb. - Gesaan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim melepaskan jawatan membuktikan beliau mengamalkan demokrasi terpilih dan seorang yang tidak konsisten.


Pensyarah Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Md. Shukri Shuib berkata, kenyataan Nik Aziz itu mengelirukan serta bercanggah dengan pendiriannya sebelum ini.
Beliau mengingatkan yang Menteri Besar Kelantan itu pernah menyokong amalan melompat parti apabila tindakan itu dilihat menguntungkan Pas dan pakatan pembangkang.


"Nik Aziz mengamalkan demokrasi terpilih kerana apa sahaja yang dilihat menguntungkan Pas serta pembangkang 'dihalalkan' dan sudah tentu perkara ini (percanggahan) menjejaskan imej Islam yang dibawa Pas.
"Justeru, saya mencabar kepimpinan Pas supaya meminda perlembagaan parti agar jawatan Mursyidul Am dapat dipertandingkan seterusnya menentukan sokongan ahli terhadap Nik Aziz," katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.


Md. Shukri mengulas kenyataan Nik Aziz yang meminta Zahrain supaya mengosongkan jawatannya ekoran keputusannya meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Jumaat lalu.
Menurut Nik Aziz, tindakan Zahrain untuk keluar parti merupakan satu pengkhianatan ke atas amanah yang diberikan oleh rakyat di kawasan Parlimen Bayan Baru.


Menteri Besar Kelantan itu sebelum ini pernah menegaskan amalan lompat parti menepati peruntukan undang-undang serta sejajar dengan tuntutan masa dan keadaan.
Kenyataan itu dibuat Nik Aziz ketika mengulas pengumuman Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu mengambil alih kerajaan melalui kaedah lompat parti oleh Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dua tahun lalu.
Md. Shukri menambah, kenyataan bercanggah oleh Nik Aziz itu membahayakan negara kerana beliau berupaya mengheret para penyokongnya ke arah sistem anarki berikutan prinsip politik yang tidak jelas.
"Sudah tentu dia (Nik Aziz) bukan tok guru agama, tetapi lebih kepada 'tok guru siasah' yang pandai mengambil segala kesempatan," jelasnya.


Itulah cara Nik Aziz akan menghalalkan jika ia memihak kepadanya. Ia bukan lagi tokoh PAS seperti Alahyarham Ustaz Fadil Nor atau tokoh-tokoh PAS sebelum ini.

Perjuangan PAS pada zaman ini berbeza hanya berjuang mengikut caranya bukan lagi berjuang untuk benar-benar mengikut ajaran islam.

2 comments:

  1. Salam,

    Bukan setakat mengamalkan demokrasi "berpilih", tetapi juga mengamalkan Islam secara "berpilih". Sila rujuk kembali semua kenyataan2 yang TGNA ni dah keluarkan.....

    Contoh paling senang, mana lebih afdal merayakan Maulidur Rasul atau merayakan "Yee Sang" sempena Tahun Baru Cina? Kedua-duanya adalah bidaah, tetapi mana yang lebih baik? Tok Guru jawab, "Tentulah Yee Sang", sebab nak jaga undi dari orang-orang Cina. Nabi Muhammad s.a.w ada meraikanya? Sendiri kasi jawablah....

    ReplyDelete
  2. Salam... setuju dgn mat yen & Isac.
    Byk sgt kekeliruan yg PAS timbulkan mengenai hukum2 Islam ni, diantaranya bertafakur menggunakan lilin, mengkeramatkan seliparnya, isu Khalimah Allah dan mcm2 lagi.

    Seperti kes MB Perak, Pas juga melalak menuntut PEMBUBARAN DUN walhal dlm merujuk kes Elly Wong, TGNA berkata Elly tak perlu letak jawatan kerana jika dibuat PILIHAN RAYA KECIL akan memakan belanja ratusan ribu ringgit. Membazir amalan syatan.
    Habis... klu buat PRK seluruh Perak tak payah keluar belanja ker?

    Jika memihak pada PR, pandai pula TGNA bermatematik.

    ReplyDelete