Monday, May 3, 2010

MCA PERLU BUKTIKAN IA MASIH RELEVAN KALANGAN MASYARAKAT CINA



RAUB 2 Mei - MCA perlu membuktikan bahawa parti itu masih relevan untuk masyarakat Cina di negara ini, kata Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Katanya, kemerosotan pengundi Cina kepada Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor baru-baru ini antara lain disebabkan krisis kepimpinan dalam parti MCA.


Justeru katanya, kepimpinan MCA perlu membuktikan yang ia boleh mengembalikan sokongan masyarakat Cina terhadap parti berkenaan yang merupakan komponen penting kepada BN.
''Masyarakat Cina yang terdedah kepada kesan pergolakan dalaman MCA menyebabkan mereka tidak menyokong BN sepenuhnya.
''Situasi ini akan bertambah baik jika MCA dapat dimantapkan dan perubahan yang perlu dilaksanakan segera, iaitu pemimpin berkenaan lebih banyak mendekati rakyat khususnya kaum Cina," katanya.
Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat kelompok iaitu 33 cawangan UMNO Bahagian Cameron Highlands, di Sungai Koyan dekat sini hari ini.
Hadir sama Ketua UMNO Cameron Highlands, Datuk Wan Rosdy Wan Ismail; Ketua Pemuda Pahang, Abu Jimi Samat dan Pengerusi Tetap Pemuda UMNO, Datuk Abdul Fattah Abdullah.
Hishammuddin yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor menunjukkan bukan semua pengundi Cina tidak menyokong BN.


Katanya, apa yang penting adalah perubahan besar yang perlu dilakukan dalam usaha menarik semula keyakinan masyarakat Cina terhadap parti berkenaan.
Beliau mengambil contoh kejayaan Tan Sri Mohd. Isa Samad pada Pilihan Raya Kecil Bagan Pinang lalu yang mendapat sokongan majoriti masyarakat Cina disebabkan pendekatannya disenangi oleh pengundi kawasan berkenaan.
''Dalam hal ini, ia berkaitan soal kepimpinan, ia berhubungkait, apa yang penting kita mesti letakkan perjuangan parti dan perjuangan membela nasib rakyat melebihi segala-galanya, kita perlu melalui proses ini," katanya.
Hishammuddin menambah, UMNO sendiri telah melakukan pelbagai perubahan besar dalam usaha menarik sokongan masyarakat Melayu.


Oleh itu kepimpinan MCA mesti mencari satu fomula bagi menarik semula sokongan orang Cina kepada BN. Proses peralihan pemimpin yang baru selesai perlu dicari jalan keluar supaya masyarakat Cina kembali menyokong kepimpinan BN semula.

2 comments:

  1. Bro, macam mana nak releven lagi dgn MCA ni kalau dah pemimpin juga ahli-ahlinya yang mempunyai pemikiran DAP.........sama jer.....

    ReplyDelete
  2. salam, Yg Gambi,

    Kalau gitu sukarlah untuk menyatukan dalam MCA, diharapkan kepimpinan MCA baru dapat memberikan kekuatan semula kepada BN.Diharap gutilah hendaknya.

    ReplyDelete