Tuesday, May 4, 2010

NIK AZIZ PERLU SEGERA PERJELASKAN ISU BAYARAN BLOG



KUALA LUMPUR 3 Mei - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak boleh terus membisu berhubung dakwaan penulis blog, Syed Azidi Syed Abdul Aziz menerima peruntukan RM4 juta daripada Pas Kelantan bagi menjalankan operasi gerak saraf memburukkan kepimpinan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.


Beberapa ahli akademik dan tokoh agama berpendapat, penjelasan Nik Abdul Aziz penting bagi memastikan kebenaran dakwaan tersebut selain mengelakkan spekulasi yang hanya akan memburukkan lagi keadaan.
Timbalan Dekan Institut Pemikiran dan Ketamadunan Islam Antarabangsa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Datuk Dr. Mahmood Zuhdi Abdul Majid berkata, sepatutnya kerajaan Pas Kelantan bersedia memberikan jawapan.
''Penjelasan itu perlu disegerakan kerana makin lama dibiarkan maka semakin banyak spekulasi negatif akan timbul.
''Yang penting sekarang Nik Abdul Aziz tidak boleh membiarkan segala dakwaan penulis blog ini begitu sahaja seperti tidak ada apa-apa yang berlaku sedangkan rakyat menunggu penjelasan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.


Nik Abdul Aziz semalam terus berdiam diri mengenai dakwaan beberapa pemimpin Pas memberi peruntukan sebanyak RM4 juta kepada Syed Azidi untuk menjayakan operasi gerak saraf yang bertujuan menjatuhkan pimpinan Kerajaan Pusat.
Syed Azidi semalam turut mendedahkan nama individu-individu yang memberi peruntukan RM4 juta itu yang turut merangkumi Exco Kerajaan Negeri Kelantan.


Sementara itu Pensyarah Jabatan Undang-Undang Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Profesor Salleh Buang berkata, kerajaan Kelantan sepatutnya segera menjalankan siasatan berhubung dakwaan penulis blog itu.
''Maklumat daripada siasatan itu amat penting supaya dapat memberikan penjelasan kepada rakyat yang kini menunggu kesahihan pendedahan penulis blog tersebut.
''Jika Nik Abdul Aziz masih berdiam diri bermakna beliau sengaja membiarkan rakyat dalam keadaan tertanya-tanya dan terpaksa membuat andaian sendiri yang tidak pasti kebenarannya,'' jelasnya.

Penjelasan dari Nik Aziz adalah perlu bagi mengesahkan dakwaan penulis blog tersebut. Jika tidak mereka tertanya-tanya benar atau tidak dakwaan tersebut.Ia perlu tampil menjelaskan isu tersebut. Jangan mudah menuduh kerajaan BN berbagai dakwaan kena batang hidung cuma diam membisu.

1 comment:

  1. Dia ni tengah dok mereka jawapan apa nak bagi, kali ni putar belit apa pulak dah aku pun tak tau.... orang kaki putar alam ni memang mcm tu.. dia tak akan bagi jawapan secara spontan... selalunya dia akan suruh orang lain pi survey dulu apa respon rakyat kemuadian baru dia akan buat kenyataan.. dan selalunya kenyataan nik ajis akan menyebabkan rakyat bertelagah sesama sendiri... dan sudah semestinya dia akan kaitkan dengan masuk kesyurga bagi sesiapa yang buat macam dia.. iaitu fitnah orang sana sini kerana islam... bagi dia Allah pun mencarut..apa lagi yang kita boleh dengar dari mulut celupar niiiii...nik ajis al kencing

    ReplyDelete