Monday, May 17, 2010

PKR ' PARTI KIAN RUNTUH ' - MUHYIDDIN



KUANTAN 16 Mei - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melabelkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai 'parti kian runtuh' berikutan ramai pemimpin kanan dan ahlinya yang mengisytiharkan keluar daripada parti itu.


Menurutnya, takrifan itu adalah tepat memandangkan sebahagian besar pemimpinnya kini semakin tidak yakin dengan hala tuju parti tersebut.
Berikutan itu, beliau menyarankan anggota yang kecewa dengan kepimpinan parti itu supaya bertindak keluar dan menyokong kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
''Setiap hari kita lihat batu-batannya jatuh dan runtuh.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan sambutan Hari Guru peringkat kebangsaan di Universiti Malaysia Pahang , Gambang dekat sini hari ini.
Jumaat lalu, Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong mengisytiharkan keluar PKR kerana kesal dengan sikap pimpinan pembangkang di Selangor yang gagal mengambil tindakan terhadap skandal pasir di Dengkil.

Tindakan ahli-ahli PKR keluar parti menampakkan kelemahan dan hilang kepercayaan ahli terhadap PKR itu sendiri. Parti ini cuma bagi kepentingan diri dan memperjuang untuk individu sahaja.

1 comment:

  1. ”Harap Umno dan BN sedar, tidak semua manusia boleh dibeli. Taburlah berlian dari langit sekalipun, prinsip bukan barang dagangan, kami di Kelantan sudah lama kenal perangai Umno,” kata Mursyidul Am PAS di sini.

    ReplyDelete