Tuesday, April 20, 2010

ANUAR SEMAKIN HILANG SOKONGAN

MELAKA 19 April - Sokongan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) dilihat semakin merosot apabila ramai ahli dan pemimpin parti itu bertindak meninggalkan parti tersebut sejak kebelakangan ini.
Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam (gambar) berkata, mereka bertindak demikian selepas merasakan perjuangan Anwar dalam PKR semata-mata hanya untuk kepentingan individu.


Menurutnya, niat sebenar Anwar itu terbukti selepas memilih Datuk Zaid Ibrahim sebagai calon PKR untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor.
"Ramai ahli PKR termasuk dari kalangan anak watan Hulu Selangor mahu menjadi calon tetapi mereka ditolak mentah- mentah oleh Anwar.
"Selain kecewa dengan pemilihan Zaid itu, mereka juga tidak nampak bekas Ahli Parlimen Kota Bharu tersebut sebagai pilihan yang baik untuk mewakili pakatan pembangkang di Hulu Selangor," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Kursus Pemantapan Kepimpinan anjuran kerajaan negeri dan Yayasan Pembangunan Insan di sini hari ini.
Semalam Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Bahagian Shah Alam, Nor'isham Manap dan timbalannya, Muhammad Ali Mukhtar dan lima anggota AMK Selangor mengumumkan keluar daripada PKR.
Hari ini pula, Datuk Dr. Halili Rahmat yang merupakan salah seorang pemimpin dan juga bekas doktor peribadi Anwar Ibrahim mengisytiharkan keluar PKR dan menyertai UMNO.
Dr. Halili, 58, yang turut bersama-sama Anwar mengasaskan Parti Keadilan Nasional (Keadilan) pada tahun 1999 mengambil keputusan itu selepas beliau mendapati PKR bukan lagi sebuah parti politik berasaskan perjuangan.
Mohd. Ali turut menafikan dakwaan Anwar kononnya senario yang melanda PKR itu disebabkan oleh tindakan provokasi daripada UMNO.


Sudah jelas kepimpinan Sdr Anwar Ibrahim sudah hilang kepercayaan oleh rakyat kerana sudah ramai ahli PKR keluar parti. Mereka sudah tidak mempercayai PKR yang cuma berjuang untuk kepentingan diri pemimpinnya sahaja. Ia tidak membantu rakyat miskin dan melarat cuma ingin mendapatkan kuasa, janji pilihanraya itu tidak ambil peduli lagi atau tidak dihiraukan lagi.

1 comment:

  1. Sudah jelas kepimpinan UMNO sudah hilang kepercayaan oleh orang Melayu kerana sudah membenarkan MIC menjadi calon. Orang Melayu sudah tidak mempercayai UMNO yang cuma berjuang untuk kepentingan diri pemimpinnya sahaja. Ia tidak membantu rakyat miskin dan melarat cuma ingin mendapatkan kuasa, janji pilihanraya itu tidak ambil peduli lagi atau tidak dihiraukan lagi

    ReplyDelete