Wednesday, April 21, 2010

BERBAIK BUKAN BERMANA MELUTUK KEPADA AMERIKA

TOKYO 20 April - Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, tindakan beliau berbaik-baik dengan pentadbiran Presiden Barrack Obama bukan bermakna Malaysia melutut kepada Amerika Syarikat (AS).
Perdana Menteri menjelaskan, ada pihak telah menyebarkan fitnah mengatakan Malaysia melutut kepada AS semata-mata kerana mereka tidak senang melihat beliau mengadakan mesyuarat dua hala dengan Obama sempena Sidang Kemuncak Keselamatan Nuklear di Washington, AS baru-baru ini.


"Tidak pernah terlintas dan takkan melutut pada sesiapa sebab kita ada pendirian dan prinsip yang tersendiri.
"Ini perbuatan orang tidak beretika apabila memutar-belitkan fakta untuk kelirukan rakyat," ujar beliau semasa berucap pada Majlis Ramah Mesra bersama Pelajar Malaysia di sini malam ini.


Majlis yang dihadiri lebih 300 pelajar Malaysia itu adalah acara penutup lawatan rasmi pertama beliau selaku Perdana Menteri ke Jepun yang bermula pada Ahad lalu.
Beliau dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor berlepas pulang ke tanah air malam ini.
Tanpa mengulas lanjut identiti pihak yang menyebarkan fitnah itu, Najib berkata, perbuatan tersebut mungkin ada kaitan dengan kehangatan kempen Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor.


Berhubung dan berbaik bukan bermakna kita melutut dengan Amerika Syarikat. Kita perlu bekerjasama dengan baik dan menjalinkan kerjasama yang baik semua negara. Di tambah Amerika sebuah negara yang maju dan perlukan kerjasama untuk menarik pelaburan ke dalam negara ini.

No comments:

Post a Comment