Tuesday, April 20, 2010

PENDUDUK HULU SELANGOR KECEWA DENGAN KERAJAAN NEGERI

KUALA LUMPUR 19 April - Kebanyakan penduduk di Hulu Selangor tidak berpuas hati dengan kerajaan negeri itu yang diperintah pakatan pembangkang berikutan pendapatan mereka masih di paras rendah walaupun ia merupakan kawasan perindustrian.
Naib Presiden MIC, Datuk Dr. S. Subramaniam berkata, walaupun Hulu Selangor mempunyai banyak kilang tetapi pekerja hanya menerima pendapatan kurang daripada RM1,000 sebulan.
Menurutnya, isu itu dibangkitkan oleh penduduk-penduduk kawasan itu kepada pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN) ketika mengadakan kempen Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor.


"Kebanyakan penduduk berasa tidak puas hati dengan kerajaan Selangor kerana mereka telah mengutarakan masalah itu sejak beberapa bulan lalu tetapi kerajaan negeri tidak mengambil sebarang usaha bagi menyelesaikan masalah ini.
"Sikap kerajaan negeri itu menimbulkan kemarahan penduduk di kawasan Hulu Selangor," katanya pada sidang akhbar sebelum menyampaikan sijil kepada graduan Akademi Pengurusan Kosmetologi Beaubelle 2010 di sini hari ini.


Menurut Subramaniam, penduduk Hulu Selangor turut membangkitkan beberapa isu lain yang menimbulkan masalah sehingga menjejaskan aktiviti harian mereka.
Beliau memberitahu, antaranya ialah sampah yang tidak dikutip, longkang tidak dibersihkan dan rumput tidak dipotong di kebanyakan kawasan perumahan mengakibatkan suasana yang kurang selesa di kalangan penduduk kawasan itu.
"Perkara-perkara ini sudah pasti menimbulkan kemarahan kerana penduduk membayar cukai pintu dalam masa yang ditetapkan tetapi kerajaan negeri gagal menjalankan tugas mereka," jelasnya. Ia mengambarkan pentadbiran kerajaan gagal menjalankan kehendak rakyat dan rakyat hidup susah akibat kenaikan kos kehidupan pada masa ini
.


Diharapkan rakyat dapat menilai dan memberikan sokongan yang padu kepada kepimpinan
yang konsisten dalam membantu rakyat dan rakyat dapat hidup selesa dan tidak dipinggirkan.
Dasar pentadbiran dan kepimpinan Datuk Seri Najib mampu membantu rakyat dan menunaikan
tanggungjawab membela rakyat.

2 comments:

  1. Diharapkan Melayu Hulu Selangor dapat menilai dan memberikan sokongan yang padu kepada Pakatan Rakyat yang konsisten dalam membantu rakyat dan rakyat dapat hidup selesa dan tidak dipinggirkan.
    Dasar pentadbiran dan kepimpinan Khalid Ibrahim terbukti mampu membantu rakyat dan menunaikan
    tanggungjawab membela rakyat.

    ReplyDelete
  2. Itulah retorik puak2 pakatan rakyat yang munafik apabila bersama DAPig......... Rakyat Hulu Selangor akan jadikan kubur bagi PKR-PAS-DAP.....

    ReplyDelete