SHAH ALAM 12 April - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan semua pihak supaya memahami Perlembagaan Persekutuan agar tidak ada rakyat yang berlebihan dalam menuntut hak masing-masing.
Baginda bertitah, Perlembagaan negara memberikan hak kepada semua dan ia merupakan pelindung rakyat sama ada dari segi politik, ekonomi atau sosial.
Tanpa merujuk kepada mana-mana pihak, titah baginda, rakyat perlu menjadikan Perlembagaan sebagai asas dalam usaha menguruskan permasalahan kerana isi kandungannya sudah memaktubkan hak rakyat dengan jelas.
''Prinsip kebebasan dan keadilan adalah prinsip yang sedia ada dalam pemasyhuran kemerdekaan.
"Beta berharap ahli-ahli Yang Berhormat dapat memberi mesej yang jelas kepada rakyat mengenai perkara ini," titah baginda ketika merasmikan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-12 di Bangunan DUN di sini hari ini.
Baginda turut mengingatkan semua ahli politik di negeri ini supaya tidak menghabiskan masa yang banyak untuk berpolitik.
"Politik harus ada masa dan tempatnya," titah baginda sambil menyeru Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) menggunakan kesempatan terhad ketika sidang DUN untuk membincangkan dasar yang baik dan jangan berkelakuan yang tidak sepatutnya.
"Semua ahli Dewan harus memberi contoh baik (mengenai) akal budi kepada semua," titah baginda. sumber Bernama.
Setiap ahli politik seharusnya faham seperti dalam Perlembagaan Negara. Titah Sultan mesti diikut bagi menjaga kehormonian kaum yang ada di dalam negara ini.Jika tidak adalah sukar menjaga keharmonian kaum-kaum yang ada di dalam negara ini.
No comments:
Post a Comment