SHAH ALAM 18 April - Kecewa dengan tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim memilih Datuk Zaid Ibrahim sebagai calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Hulu Selangor yang disifatkan mempunyai rekod moral memalukan, dua pemimpin Angkatan Muda Keadilan (AMK) hari ini mengumumkan keluar parti serta-merta.
Mereka ialah Ketua AMK Bahagian Shah Alam, Nor'isham Manap dan timbalannya, Muhammad Ali Mukhtar.
Turut menyertai Nor'isham dan Muhammad Ali ialah lima lagi anggota AMK termasuk dua ahli jawatankuasa cawangan masing-masing dari Shah Alam dan Padang Jawa.
Menurut Nor'isham, pemilihan Zaid sebagai calon PKR pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor jelas merupakan pengkhianatan terhadap semangat dan cita-cita perjuangan reformasi yang disertainya bersama rakan-rakan pada tahun 1999.
Katanya, rekod Zaid sebagai pejuang reformasi dan keadilan masih belum diuji malah rekod moral beliau amat memalukan setiap orang Melayu dan Islam yang berpegang pada akidah dan akhlak.
''Kami yakin pemilihan Zaid bukan atas dasar kepentingan perjuangan dan rakyat tetapi untuk menjaga kepentingan Anwar yang memerlukan seorang bekas menteri dan peguam berprofil tinggi untuk menjadi benteng dan pembelanya di Parlimen.
''Justeru Zaid dipilih oleh Anwar hanya untuk menjaga kepentingan dirinya sendiri bukan kepentingan rakyat seperti yang diuar-uarkan.
''Tidak masuk akal seorang yang bukan anak tempatan boleh menjadi wakil rakyat yang berkesan di Hulu Selangor," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Hadir sama bekas Ketua AMK, Ezam Mohd. Noor.
Nor'isham mendakwa, beliau sebenarnya mewakili ramai anak muda dalam AMK yang tidak berpuas hati dan kecewa dengan keputusan dan sikap Anwar.
Namun katanya, masih ramai yang belum berani membuat keputusan untuk keluar parti dan beliau mempunyai bukti.
''Kami menyeru kepada pemimpin dan ahli AMK lain yang majoritinya kecewa dengan pemilihan Zaid untuk menunjukkan keberanian berpegang pada prinsip dan perjuangan sebenar dengan meninggalkan Anwar dan PKR yang telah jauh menyimpang perjuangannya.
''Kami menyeru rakyat khususnya pengundi di Hulu Selangor terutamanya anak-anak muda untuk meninggalkan Anwar yang menyeret rakyat dengan masalah dan cita-cita peribadi beliau dalam setiap tindakan politiknya dan parti PKR," katanya.beliau yakin selepas ini pasti lebih ramai anggota AMK di Selangor akan meletak jawatan. sumber bernama.
Ahli PKR telah kecewa kepada sdr Anwar Ibrahim yang memilih calon PKR demi menjaga kepentingan mereka. Sepatutnya beliau mesti mendengar hasrat ahli-ahli PKR dari sudut akar umbi. Ia isu dalaman dalam PKR itu sendiri.
No comments:
Post a Comment