Wednesday, April 21, 2010

KETELITIAN JEPUN PERLU DIIKUTI KATA PERDANA MENTERI

2010/04/21 Rakyat perlu hapuskan sikap ‘lebih kurang’DATUK Seri Najib Razak mahu masyarakat Malaysia menghapuskan sikap ‘lebih kurang’, sebaliknya mencontohi budaya ketelitian yang menjadi amalan masyarakat Jepun sehingga mereka berjaya seperti sekarang.

Perdana Menteri berkata, jika mahu maju serta berjaya dalam bidang sains dan teknologi, rakyat harus menjadi masyarakat mengutamakan ketelitian dan kesungguhan untuk bersaing sebagai masyarakat yang inovatif.
“Dalam lawatan saya kali ini, saya melalui program yang begitu teliti yang menggambarkan kekuatan nilai masyarakat Jepun.“Malah, ketika saya ditanya sebelum majlis ini, apakah kualiti paling penting dalam masyarakat Jepun, saya berfikir sejenak, sebelum menjawab ketelitian sebagai kualiti utama mereka,” katanya ketika berucap selepas menerima anugerah Ijazah Kehormat Kedoktoran dari Universiti Meiji di sini, semalam.


Anugerah berkenaan disampaikan Presiden universiti itu, Hiromi Naya, pada majlis di Liberty Tower Hall, Universiti Meiji. Turut hadir, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.Mengenai hubungan Malaysia-Jepun, Najib yang dalam rangka lawatan rasmi empat hari ke Jepun sejak Ahad lalu berkata, kedua-dua negara ibarat dua rakan lama dan perhubungan yang dijalin berasaskan kepentingan bersama. “Seperti Malaysia banyak belajar daripada kekuatan Jepun dalam kemajuan sains dan teknologi, Jepun juga boleh memperoleh manfaat daripada kekayaan kepelbagaian Malaysia, daripada oseanografi ke perhutanan, daripada kelapa sawit ke perubatan tropikal dan daripada kewangan Islam ke perhubungan pelbagai budaya,” katanya.

Budaya kerja dengan teleti perlu di amalkan bagi rakyat dinegara ini seperti saranan oleh Perdana Menteri tersebut. Rakyat perlu melihat kebaikan yang disarankan itu supaya rakyat negara ini maju dan boleh bersain dengan negara lain.

No comments:

Post a Comment