HULU SELANGOR 15 April - Ketua Penerangan MIC, P. Kamalanathan diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor, 25 April ini.
Pengumuman tersebut dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu majlis di Markas Induk BN, di Bukit Sentosa di sini hari ini.
Dalam ucapannya, Muhyiddin berkata, pemilihan Kamalanathan yang merupakan anak jati Rawang dilakukan selepas mengambil kira pandangan pengundi di kawasan Parlimen ini yang mahu seorang muka baru diketengahkan.
''Kamalanathan adalah seorang anak muda yang berkelulusan tinggi, fasih dalam tiga bahasa dan tidak mempunyai sebarang rekod buruk, pemilihan beliau menepati semangat gagasan 1Malaysia, Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan," katanya.
Beliau berkata, pemilihan calon daripada MIC itu membuktikan bahawa UMNO tidak tamak dan ingin mengambil kesempatan.
''Kita berpegang kepada semangat setiakawan, ini kerusi MIC, maka kita berikan kepada MIC untuk bertanding.
''Kamalanathan bukannya bertanding atas nama MIC tetapi BN. Beliau akan memberi perkhidmatan kepada semua penduduk tanpa mengira kaum," katanya.
Calon yang dipilih adalah calon baru yang diketengahkan. Ia tidak ada isu dan UMNO meletakkan calon MIC kerana ia kerusi MIC bertanding pada sebelumnya. Diharapkan kerjasama kompenan BN akan dapat memenangkan calon BN nanti.
No comments:
Post a Comment