Monday, June 28, 2010

UMNO MAKIN BERUBAH

BUKIT MERTAJAM - UMNO makin berubah dan bersedia mendengar rintihan ahli dan orang luar demi kebaikan atau kelangsungan perjuangannya. Naib Presidennya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, jika sebelum Pilihan Raya Umum ke-12, ia dianggap terlalu eksklusif termasuk dari segi pemilihan kepimpinan, tetapi kini keadaannya makin berubah bagi memenuhi aspirasi majoriti ahlinya.

“Sebelum ini, pemilihan pemimpin peringkat tertinggi hanya ditentukan segelintir ahli peringkat akar umbi. Dalam pada itu, ada pula pihak tertentu di bahagian yang mengongkong ahli membuat pilihan. “Tetapi pemimpin kita bawa usul meminda perlembagaan dan kita luaskan suara ahli untuk pilih pemimpin. Kalau dulu ia hanya ditentukan oleh 2,600 ahli, tetapi kini diperluaskan kepada 140,000 ahli.

“Ini bermakna orang di luar dewan (perhimpunan agung UMNO) akan tentukan Presiden UMNO serta memastikannya terus menjadi Perdana Menteri,” katanya kepada media selepas merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Bukit Mertajam di sini, semalam.

Pembangkang ada agenda peribadi dan menyerang apa yang sedang kerajaan lakukan. Mereka serang Felda kerana takut sokongan peneroka kepada BN. Begitu juga gagasan 1Malaysia yang kian mendapat sokongan rakyat pelbagai kaum. “Mereka juga serang peribadi Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan saya. Mereka mungkin bimbang ciri-ciri kepimpinan individu ini makin mendapat sokongan rakyat,” katanya. Selain itu, pembangkang mahu mewujudkan keresahan dalam kalangan rakyat dengan menjatuhkan moral pasukan keselamatan, terutama polis dengan alasan tidak tahu menjaga ketenteraman awam.

Dengan kejayaan yang dilakukan oleh UMNO akan memberikan keyakinan kepada rakyat supaya terus menyokong kerajaan. UMNO telah banyak melakukan perubahan dalam membawa UMNO tetap dihati rakyat.Kerja yang dilakukan bukan mudah tetapi perlukan kerja kuat dan mendapatkan kewangan dalam membantu rakyat yang susah dan perlukan bantuan.

1 comment:

  1. UMNO akan terus menjadi Juara Rakyat....InsyaAllah......

    ReplyDelete