Friday, September 4, 2009

LEBIH 78,000 PENEROKA FELCRA TERIMA DIVIDEN



MOHD. Shafie Apdal (tengah) menyampaikan replika cek kepada salah seorang wakil peneroka Felcra di Sik, Kedah semalam.
SIK 3 Sept. – Seramai 78,019 peserta Lembaga Pemulihan dan Penyatuan Tanah Negara (Felcra) di seluruh negara akan menerima bayaran dividen yang berjumlah RM445.99 juta sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, agihan dividen tersebut lebih rendah iaitu kira-kira 28 peratus berbanding RM588.18 juta pada 2008.
“Walaupun ekonomi lembap terutama sektor komoditi sawit dan getah yang tidak stabil, Felcra Berhad dapat mengimbangi cabaran itu,” katanya.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Dividen Peserta Felcra Berhad Peringkat Negeri Kedah 2009 dan berbuka puasa bersama peneroka di Institut Kemahiran Mara (IKM) Sik di sini malam ini.
Hadir sama ialah Pengerusi Felcra Berhad, Datuk Tajuddin Abdul Rahman; Ketua Pegawai Eksekutif Felcra, Datuk Mohd. Nasir Baba dan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Paduka Ahmad Bashah Hanipah.
Mohd. Shafie yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah memberitahu, kerajaan sentiasa berusaha membantu meningkatkan ekonomi rakyat terutamanya di kawasan luar bandar.
Sejak penubuhannya kata beliau, Felcra berjaya mengeluarkan masyarakat luar bandar di negara ini daripada belenggu kemiskinan.
“Kita yakin Felcra akan meneruskan usaha secara berterusan untuk menjana ekonomi negara dan membangunkan taraf hidup masyarakat luar bandar,” tambah beliau.

komen : Ini mengambarkan kerajaan begitu perihatin masalah rakyat dan mampu menguruskan pendapatan rakyat dengan baik dan dibayar kepada yang berhak.
Ini adalah sikap pemimpin yang terdahulu merancang demi kebaikan untuk rakyat dan golongan yang miskin di kampung terutama menjelang hari perayaan tidajk lama lagi. Apa lagi yang rakyat mahukan duduk sahaja apabila tiba masanya semua yang terpilih dapat wang untuk keperluan mereka. Apa yang pembangkang boleh buat seperti kerajaan BN yang merancang dari awal perkara ini. Teruskan sokongan kepada kerajaan BN, selamat berpuasa dan bersyukur apa yang dianugerahkan oleh Allah kepada kita.

2 comments:

  1. syukur..dapat duit raya lagi..ni hasil den sokong kerajaan umnoBN,tapi yang membangkang duk dalam felda tu kasi kelurkan aje..bagi dekat orang yang sokong kerajaan je jadi peneroka felda tu baru tau! banyak lagi yang tak sedar diri dalam felda sekarang..dok membangkang aje

    ReplyDelete
  2. mungkin mereka akan kata kerajaan merasuah peneroka,, tapi dengan memberi dividen ini, akan menjana ekonomi negara

    ReplyDelete