Tuesday, September 1, 2009

PETROL RON 95 KINI RM 1.80 SELITER

Oleh HATA WAHARIpengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 31 Ogos - Harga petrol RON95 yang akan dijual bermula esok ditetapkan pada RM1.80 seliter dan boleh diperoleh di semua stesen minyak di seluruh negara.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberitahu, petrol RON97 pula dijadikan petrol premium dengan harga ditetapkan RM2.05 sen seliter.
''Penetapan RON95 pada RM1.80 dan RON97 pada RM2.05 adalah berikutan purata kos produk bagi petrol telah meningkat daripada US$40.75 (RM142.63) pada Disember 2008 kepada US$82.30 (RM288.05) pada Ogos 2009.
''Dengan jangkaan jualan RON95 sebanyak 95 peratus daripada keseluruhan jualan petrol di Malaysia, kerajaan dianggarkan masih membayar subsidi sebanyak 33.81 sen seliter atau RM304 juta sebulan untuk rakyat negara ini manakala subsidi yang perlu ditanggung oleh kerajaan bagi RON97 ialah 42.72 sen seliter,'' katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Penjualan Petrol RON95 di seluruh negara bermula esok di Stesen Minyak Petronas Lebuh Raya Sprint di sini hari ini.
Turut hadir pada majlis pelancaran itu ialah Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Tan Lian Hoe; Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Mohd. Zain Mohd. Dom dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Dagangan Berhad, Mohd. Sabaruddin Mohd. Amin.
Ismail Sabri memberitahu, berdasarkan pada harga produk petroleum dunia, kementerian yakin harga RON95 dan RON97 dapat dikekalkan sehingga akhir tahun ini.
Katanya, RON95 merupakan bahan bakar yang mematuhi spesifikasi Euro2M di mana ia dapat mengurangkan pencemaran yang berpunca daripada pengeluaran asap kenderaan.
''Spesifikasi Euro2M adalah merupakan standard baru bagi petrol dan diesel yang akan mengurangkan kandungan sulfur daripada 3,000 bahagian perjuta (ppm) kepada 500ppm yang akan mengurangkan pelepasan asap kenderaan di udara,'' katanya.
Beliau memberitahu, 80 peratus pengguna telah bertukar menggunakan RON95 berbanding RON97 sejak penjualan RON95 di beberapa stesen minyak terpilih di sekitar kawasan Lembah Klang dan Putrajaya pada 12 Mei 2009.
Tambahnya, sehingga kini tiada rungutan ataupun aduan diterima daripada pengguna mengenai prestasi enjin kenderaan akibat daripada penggunaan RON95.
Jelas beliau, kebanyakan enjin kenderaan ketika ini menggunakan teknologi yang direka bentuk sesuai dengan penggunaan petrol RON95.
''Negara-negara pengeluar kenderaan utama dunia masa kini seperti Jepun, Eropah dan Amerika Syarikat juga menggunakan petrol RON95,'' katanya.
Ismail Sabri juga mengumumkan bermula esok petrol RON92 akan dikeluarkan daripada pasaran memandangkan penggunaan petrol tersebut adalah begitu kecil iaitu sekitar lima peratus sahaja daripada keseluruhan penjualan petrol di negara ini.

komen :

4 comments:

  1. waduh..minyak naik lagi..aku tang ni yang tak sokong..barang naik aje..guane?

    ReplyDelete
  2. Salam,

    Minyak naik harga barang dah lama pun naik, masa minyak turun barang tak turun pun. Subsidi minyak kepada nelayan diberi, ikan tetap juga mahal....

    Turun naiknya barang bukan pasal minyak, pembekal yang tamak sahaja nak tuduh kerajaan punya pasal.

    ReplyDelete
  3. barang naik la kena sokong klu tak naik cam mana nanti cari yang lain susah la .
    apa2pun kita sebagai manusia perlu bijak untuk merancang menilai tahap kemampuan diri kita.
    klu pakai iswara xkan nak isi minyak mahal pakai la minyak murah .

    ReplyDelete
  4. Salam,

    Kepada kawan-kawan yang melayari terima kasih atas sokonganm anda dalam mengadakan komen yang membina, terima kasih sekali lagi kepada sahabat-sahabat sekelian.
    Teruskan perjuangan anda.

    ReplyDelete