Tuesday, December 1, 2009

BIARLAH NIK AZIZ SEDAR SENDIRI


PORT OF SPAIN 30 Nov. – Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan beliau tidak akan meminta Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menarik balik kenyataan atau memohon maaf selepas mahu berdoa supaya Allah memusnahkan masa depan Perdana Menteri jika tidak memberi royalti minyak kepada negeri itu.

Perdana Menteri berharap Mursyidul Am Pas itu sedar sendiri dengan tindakannya itu kerana ramai umat Islam merasakan kenyataan tersebut adalah keterlaluan dan tidak melambangkan semangat keislaman yang dituntut agama.

“Apa pun kita perlu berbincang untuk mencari penyelesaian dan bukan cari pergaduhan. Berbalah sesama sendiri terkutuk dalam Islam, malah untuk kita mengutuk orang lain pun tidak dibolehkan oleh Islam,” katanya kepada wartawan Malaysia pada hari terakhir Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM 2009) di sini hari ini. – utusan

Itulah seorang pemimpin Nik Aziz Nik Mat, yang diagong-agong oleh ahli Pas yang cenderong mendoakan dan boleh menjahanamkan seorang. Adakah cara ini diajar oleh Islam. Fikirlah sendiri mana yang baik dan mana yang buruk.

2 comments:

  1. kalau lah doa nya makbul sangat.. patutnya dia doa supaya semua kafir lahanat di malaysia di panah petir.. ini tidak sesama islam juga.. taubatlah tok guru.. jubah anda sebagai ulama menjatuhkan maruah islam..

    ReplyDelete
  2. Mat Yen, kawan setuju sangat dengan komen Matadua......

    ReplyDelete