Monday, December 7, 2009

MCA PERLU PULIHKAN PARTI DENGAN SEGERA



KUALA TERENGGANU: Datuk Seri Najib Razak semalam menasihatkan MCA untuk tidak memanjangkan lagi krisis dalamannya dengan segera mengadakan Mesyuarat Agung dan pemilihan parti yang baru supaya Barisan Nasional (BN) dapat mengorak langkah ke hadapan. Perdana Menteri berkata, beliau tidak akan menetapkan tarikh untuk pemilihan akhir itu tetapi meminta pemimpin MCA mengambil kira semangat BN iaitu tidak berkeras atas pendirian masing-masing sebaliknya mencari kata sepakat yang boleh diterima semua pihak. Beliau berkata demikian selepas menyampaikan bantuan ehsan pendahuluan RM300 kepada 363 keluarga mangsa banjir daerah Kuala Terengganu yang ditempatkan di pusat pemindahan, Sekolah Kebangsaan Kompleks, Gong Badak, di sini, semalam.
MCA baru-baru ini menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk membincangkan bila AGM akan diadakan selepas mesyuarat yang ditetapkan pada 4 dan 5 Disember lalu dibatalkan. Kumpulan diketuai Naib Presiden, Datuk Seri Liow Tiong Lai mahu AGM dan pemilihan semula diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh itu, manakala kumpulan Presiden, Datuk Seri Ong Tee Keat mahu AGM dilanjutkan hingga Mac tahun depan.


Ia adalah perlu bagi mempastikan BN kuat dan bersatu. Jika ia terlalu lama untuk diselesaikan ia akan melemahkan MCA dan BN itu sendiri. Dengan pemilihan itu akan dapat memulihkan semula MCA supaya ia kuat dan dapat diterima semula oleh kaum Cina.

No comments:

Post a Comment