Monday, December 21, 2009
UMNO DESAK TUKAR PENGERUSI BN PULAU PINANG
SHAH ALAM: Datuk Seri Najib Razak akan melihat dulu cadangan Umno Pulau Pinang yang menuntut supaya jawatan Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri diserahkan kepada Umno bagi memantapkan kedudukan BN negeri itu. Perdana Menteri berkata, sebarang keputusan sama ada mengekal atau menukar Pengerusi BN negeri akan dibuat nanti adalah atas semangat BN. "Ada macam-macam pendapat, tetapi apa-apa hal, kita terima dulu pendapat mereka.
"Saya sebagai Pengerusi BN akan berunding dengan semua pihak dulu atas semangat permuafakatan," katanya. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas desakan Umno Pulau Pinang yang menuntut supaya jawatan Pengerusi BN negeri yang diperuntukkan kepada Gerakan diserahkan semula kepada Umno bagi memantapkan kedudukan BN di negeri berkenaan. Umno Pulau Pinang menjelaskan tuntutan itu wajar bagi memantapkan kedudukan BN negeri memandangkan Gerakan dan komponen BN lain kini tidak mempunyai sebarang kerusi berbanding Umno yang memiliki 11 kerusi Dewan Undangan Negeri dan dua Parlimen.
Perkara ini perlu dibincangkan diantara UMNO dan Gerakan dengan cara baik. Gerakan tidak ada program yang dibuat bagi menarik sokongan kepada kerajaan. Di tambah lagi tidak ada satu pun kursi dimenangi oleh parti Gerakan pada pilihanraya ke 12 yang lalu. Ia wajar diserahkan jawatan itu kepada UMNO sebagai Pengerusi BN Pulau Pinang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
salam.
ReplyDeleteApakah dengan bertukarnya Pengurusi BN ketangan UMNO kekuatan UMNO dapat dipulihkan????
Negerinya Pengurusinya UMNO sendiri pun tertiarap!! Pekuatan UMNO terlebih dahulu jgn terlalu kemaruk untuk memegang pengurusi!!
Masih tidak sedar diri kah lagi UMNO hari ini...
Salam,
ReplyDeleteTarima kasih atas komen sdr Aku, Pasbuih dan Siamang, saya setuju atas komen saudara, UMNO Perlu diperkuatkan sebelum memohon bermacam-macam sebelum UMNO itu kalah dan dilemahkan.