Thursday, December 31, 2009

TUDUHAN UMNO/BN AMAL ' 3L ' BERAT SEBELAH


SHAH ALAM – Analisis mengenai sikap para pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang dikatakan masih dibelenggu sindrom ‘3L’ - Lagak, Laga dan Leka dibidas kerana jelas dikeluarkan oleh pihak yang condong kepada perjuangan Pakatan Rakyat (PR), kata Ketua Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.

“Saya anggap kenyataan itu berat sebelah. Adalah tidak adil menuduh pemimpin-pemimpin UMNO-BN dibelenggu sindrom 3L sedangkan pemimpin-pemimpin PR lebih ‘L’ lagi. Tidak benar kami jarang turun padang dan tidak mendengar masalah rakyat malah kami sendiri mendengar rintihan mengenai sikap-sikap pemimpin PR yang tidak disenangi masyarakat.

“Kalau kita tengok di Parlimen sikap angkuh pembangkang yang cuba berlagak menjadi hero jelas menunjukkan merekalah sebenarnya dibelenggu sindrom 3L ini,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan penganalisis politik, Profesor Datuk Zainal Kling kelmarin yang berkata, UMNO dan BN perlu melupakan hasrat mengambil alih Selangor daripada PR sekiranya pemimpin mereka masih dibelenggu sindrom ‘3L’.

Zainal berkat, sindrom yang menyelubungi parti itu adalah faktor utama mengapa UMNO-BN dilihat sukar untuk meraih semula kepercayaan masyarakat.

“Mana janji mereka untuk melaksanakan pembangunan sejak mengambil alih Selangor, tidak ada pun pembangunan yang dijanjikan. Jangan ingat mereka boleh mendabik dada dengan terus bersikap angkuh yang menganggap rakyat akan terus menyokong mereka pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

“Insyallah kita akan tawan semula Selangor dan berserah kepada Allah SWT.
Kita amat bersetuju kata Ketua Putri itu, jika dilihat apa dibuat dan dijanjikan dalam PRaya ke 12 lalu oleh PKR tidak ditunaikan, cuma berlagak pandai dan bermain silap mata, mencari kesalahan pemimpin BN dan UMNO, itu sahaja bagi menutup kelemahan mereka.

No comments:

Post a Comment