Beliau yang juga Bendahari Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) berkata, sebaliknya dalam hal ini polis tidak perlu teragak-agak untuk mengambil tindakan ke atas Ketua Menteri Pulau Pinang itu sekiranya dakwaan itu adalah salah di bawah Akta Hasutan.
Katanya, status Guan Eng sebagai seorang pemimpin tertinggi parti politik tidak harus menghalang polis daripada menegakkan undang-undang seperti mana yang perlu dihadapi oleh setiap rakyat Malaysia.
‘‘Apa sebab nak suruh hentikan siasatan pula? Ini bukan soal menzalimi sesiapa. Rakyat di luar menyokong setiap usaha menegakkan undang-undang. Jadi kalau terbukti bersalah, ambil tindakan.
‘‘Bagi kita ketegasan polis ini jangan kira siapa, UMNO sendiri pun pernah kena. Jadi tak perlu ragu-ragu. Rakyat mahukan tindakan sewajarnya diambil berdasarkan undang-undang negara,’’ katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas mengenai gesaan Exco Selangor yang Pengerusi DAP negeri itu, Ean Yong Hian Wah yang meminta polis supaya menghentikan segera siasatan ke atas Guan Eng yang dilakukan di bawah Akta Hasutan.
Apa bila jadi pemimpin peringkat tertinggi parti pembangkang boleh melakukan apa sahaja asalkan ia betul disisi parti pembangkang. Itu adalah salah perkara ini tidak berlaku di Malaysia, jika salah mesti diambil tindakan.
No comments:
Post a Comment