Thursday, December 31, 2009

PERWAKILAN PERHIMPUNAN AGONG UMNO 2009 PUAS HATI KEPIMPINAN DATO NAJIB





KUALA LUMPUR 31 Dis. — Anggota UMNO berpuas hati dengan prestasi Datuk Seri Najib Tun Razak sejak mengambil alih teraju kepimpinan sebagai Presiden parti memandangkan mereka berpendapat beliau kini memimpin negara ke arah yang betul.

Kaji selidik yang dikendalikan oleh sebuah firma penyelidikan bebas, Merdeka Centre, terhadap 358 perwakilan ke perhimpunan agung UMNO baru-baru ini menunjukkan kira-kira 95 peratus daripada mereka menyuarakan rasa puas hati terhadap prestasi Najib, sebahagian besarnya disebabkan peningkatan dalam kualiti kepimpinan.

Mereka berpendapat bahawa Najib, yang juga Perdana Menteri, mempunyai kualiti kepimpinan kebangsaan dan mengutarakan beberapa idea menarik bagi meraih sokongan umum, misalnya konsep “1Malaysia”, memberi penekanan terhadap menyelesaikan masalah rakyat dan memperkukuhkan ekonomi.

"Rasa puas hati terhadap Presiden parti dalam kalangan perwakilan adalah amat tinggi iaitu 95 peratus dengan 60 peratus daripada mereka mengatakan ”sangat berpuas hati” dengan prestasi beliau sejak mengambil alih kepimpinan UMNO.

"Sebab utama bagi sokongan yang kukuh itu berpunca daripada peningkatan yang dirasai dalam kualiti kepimpinan,” kata Merdeka Centre dalam rumusan terhadap keputusan kaji selidik perwakilan Perhimpunan Agung UMNO 2009. - Bernama

Kepimpinan Dato Seri Najib, selaku Perdana Menteri boleh kita banggakan mentadbirkan negara ini selepas mengambil alih dari Pak Lah, jika dilihat dizaman Pak Lah diakhirnya pemerintahannya agak lemah, ekonomi dan kilang-kilang banyak yang ditutup selepas di ambil alih pemulihan itu kita nampak hingga ke hari ini, taniah YAB Dato' Seri Najib.

No comments:

Post a Comment