SHAH ALAM 8 Mac - "Tidak ada.. tidak ada langsung."
Itulah ungkapan yang dikeluarkan kebanyakan ibu tunggal di negeri ini apabila ditanya sama ada kerajaan negeri menyalurkan bantuan kebajikan kepada golongan itu seperti yang pernah dijanjikan pakatan pembangkang pada pilihan raya umum lalu.
Rata-rata mereka menyifatkan janji kerajaan negeri yang diterajui oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas untuk meningkatkan taraf hidup dan ekonomi mereka itu hanyalah 'janji kosong' semata-mata.
Menurut Pengerusi Persatuan Ibu Tunggal Selangor (Anggerik Murni), Nortini Kasman, kerajaan negeri hari ini dilihat banyak mengabaikan soal kebajikan ibu tunggal dalam program pembangunan yang dilaksanakan ketika ini.
Malah, katanya, janji dalam manifesto pilihan raya pakatan pembangkang untuk memberikan elaun khas kepada ibu tunggal juga hanyalah satu harapan kosong.
"Kami (golongan ibu tunggal) ini bukannya suka nak meminta-minta. Akan tetapi kalau kerajaan negeri telah berjanji untuk beri bantuan, sepatutnya mereka tunaikan.
"Akan tetapi sehingga hari ini tiada sebarang bantuan atau elaun diberikan oleh kerajaan negeri untuk membantu mengurangkan bebanan kami.
"Malah, kerajaan negeri juga sejak mula mentadbir Selangor tidak pernah menjenguk golongan ibu tunggal di Selangor ini apatah lagi tawarkan bantuan atau kerjasama kepada kami," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai status pemberian elaun khas kepada ibu tunggal yang dijanjikan oleh kerajaan negeri pakatan pembangkang melalui manifesto pilihan raya umum lalu.
Katanya, sebagai sebuah kerajaan negeri, adalah tanggungjawab PKR, DAP dan Pas untuk membantu rakyat seperti mana yang telah dijanjikan sebelum ini.
"Kerajaan negeri buat janji, laksanakanlah, tak kan nak tunggu rakyat mohon, desak baru nak buat. Kalau tak mampu, jangan buat janji," katanya yang kini menjalankan aktiviti jahitan bagi menyara keluarganya.
"Sekarang dah masuk dua tahun, tidak ada apa-apa pun kita dengar mengenai bayaran elaun kepada ibu tunggal. Jangan kata kerajaan negeri nak jumpa golongan seperti kita ini, bertanya khabar pun tak ada langsung," ujarnya.
Kalau berjanji memang mudah tetapi mahu melaksanakan bukan mudah. Dalam pilihanraya mahu menarik sempati orangramai mengundi mereka amat mudah membuat bermacam janjji tapi tidak mampu melaksanakan. Rakyat seharusnya berfikir dan jangan terpengarah dengan janji manis tersebut. Kerajaan Pusat yang mampu malaksanakannya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment