Tuesday, March 23, 2010

SURUHANJAYA DIRAJA SIASAT ANWAR



KUALA LUMPUR - Seorang ang- gota Bebas semalam mencadangkan di DewanRakyat supaya satu suruhanjaya diraja dibentuk bagi menyiasat tindak tanduk Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa mengancam keselamatan negara.


Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) berkata, langkah itu perlu diambil oleh kerajaan bagi memperbetulkan persepsi rakyat terhadap Anwar. Katanya, rakyat terutama orang kampung terpedaya apabila perbicaraan kes liwat melibatkan Anwar sebagai tertuduh dijaja di seluruh negara. “Jadi, sudah cukuplah kalau kita kumpulkan tindak-tanduknya seperti yang didedah oleh Ahli Parlimen Bayan Baru mengenai Peristiwa 16 September, nama Agong, nama Ketua Turus Tentera diseret, kemudian cerita Apco yang menjadi heboh pagi ini (semalam) yang didedah penafiannya oleh Ahli Parlimen Rembau, kemudian kaset yang mempergunakan tokoh agama iaitu Yusuf al-Qaradawi dan surat serta risalah yang ditandatangani oleh Ahli Parlimen Machang,” katanya ketika membahaskan usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.


Beliau juga meminta kerajaan menyiasat pengedaran sejuta risalah serta surat yang turut dilampirkan laporan perubatan yang mendakwa Anwar tidak bersalah dan dianiayai dalam kes liwat yang membabitkan bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan. Selain itu, terdapat kaset atau cakera padat yang mengandungi fatwa Yusuf al-Qardawi yang dibuat di kediaman tokoh agama itu di Qatar yang mahu Saiful dirujuk di bawah qazaf mengikut Undang-undang Syariah kerana gagal mengemukakan empat saksi dalam pertuduhan liwat terhadap Anwar. Katanya, tindakan Anwar turut menyaksikan campur tangan 50 Ahli Parlimen Australia yang mendesak agar tuduhan liwat terhadap Anwar digugurkan. Ibrahim berkata, beliau telah mengutus surat kepada Ahli Parlimen Australia, Micheal Danby bagi membantah campur tangan tersebut. “Mengikut apa yang saya dapat dari website, Micheal Danby adalah dari bangsa Yahudi dan penyokong kuat Israel serta pejuang hak asasi gay dan lesbian. Ini maklumat yang mungkin rakyat Malaysia terutama orang kampung tak tahu,” katanya. - Bernama


Oleh itu setiap rakyat perlu melihat dan berfikir kerja yang dilakukan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sanggup menjaja apa sahaja demi kepentingannya. Kita rakyat Malaysia seharusnya menolak kerja yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim yang mahu merosakkan negara dan bangsa di negara ini. Yang penting beliau sanggup melakukan apa sahaja dengan DAP asalkan ia dapat jadi Perdana Menteri. Penubuhan Suruhanjaya DiRaja ini memang baik bagi mendaulatkan negara dari darib dirampas golongan yang rakus ingin berkuasa.

No comments:

Post a Comment