PUTRAJAYA 3 Mac - Tembelang masalah yang melanda Parti Keadilan Rakyat (PKR) kian diketahui oleh rakyat setelah ramai wakil rakyatnya keluar parti termasuk yang terbaru Ahli Parlimen Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri.
Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Syed Ali AlHabshee berkata, UMNO sudah lama mengetahui masalah dalaman PKR dan pakatan pembangkang terutama membabitkan pemimpin mereka, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
''Pakatan pembangkang hanya retak menanti belah dan hari ini kita dapat lihat perkara itu.
''Saya pun terkejut, tidak ada angin tidak ada ribut tiba-tiba Ahli Parlimen Bagan Serai keluar parti," katanya.
Beliau berkata kepada pemberita selepas majlis pelancaran skim Biasiswa Utusan-Yayasan Pendidikan Cheras yang disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di sini hari ini.
Mohsin juga meletak semua jawatan dalam parti dan menjadi ahli Parlimen Bebas.
Syed Ali yang mengalu-alukan tindakan Mohsin itu berkata, pihaknya difahamkan ramai lagi wakil rakyat PKR akan bertindak meninggalkan parti tersebut.
''Baguslah mereka sudah sedar kerana waktu masih belum terlambat, jangan tunggu sampai pilihan raya umum akan datang," katanya.
Itulah kerana agenda politik untuk individu yang penting krone-kerone beliau. Ia tidak boleh bertahan lama kerana Datuk Seri Anwar Ibrahim bercita-cita menjadi Perdana Menteri. Ahli Parlimen telah 3 orang meninggal PKR dan menjadi calon Bebas.
No comments:
Post a Comment