Monday, March 1, 2010

MOHD FAIRUS BEKAS TIMBALAN KETUA MENTERI 1 PULAU PINANG MASUK UMNO



KUALA LUMPUR - Bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mohd Fairus Khairuddin mengumumkan keluar Parti Keadilan Rakyat (PKR), semalam untuk memasuki UMNO. Keputusannya menyertai UMNO diumumkan selepas menghadiri Perjumpaan Kepimpinan Tertinggi Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Fairus, berpakaian ahli Pertubuhan Silat Seni Gayong, menyambut ketibaan Najib, yang juga Presiden UMNO, di lobi hotel berlangsungnya majlis itu.

Fairus, 33, meletak jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti 16 April lalu. Fairus melepas jawatan ADUN bagi menumpu kepada usahanya melanjutkan pelajaran ke pascasiswazah dan memberi masa kepadanya bersama keluarga.: Beliau juga bekas Pengerusi Pembangunan Keusahawanan dan Koperasi, Penerangan dan Perhubungan Masyarakat Pulau Pinang.


Fairus dalam ucapannya pada majlis itu berkata, beliau membuat keputusan selepas mengambil kira perkembangan sepanjang tiga bulan lalu, khususnya selepas isu kalimah ’Allah’. Beliau mendakwa pendirian PKR, komponen Pakatan Rakyat, amat mendukacitakan kerana bertentangan dengan perjuangan parti. “Saya akhirnya mendapat petunjuk yang sangat jelas dan saya dengan ini atas prinsip mempertahankan agama dan kepentingan rakyat, hari ini saya membuat pengisytiharan keluar PKR dan menyertai UMNO,” katanya.


Ia satu kesedaran yang amat baik dan kembali ke pangkal jalan iaitu memasuki UMNO.
Semoga ia akan membuka lambaran baru dan berjuang bersama demi kekuatan UMNO.

3 comments:

  1. Salam bro, itulah tanda-tandanya kapal PKR akan karam..........

    ReplyDelete
  2. Salam....
    Tindakan yang dilakukan oleh beliau adalah satu langkah yang bijak supaya lebih ramai pemimpin pembangkang akan menyertai UMNO kerana UMNO yang memperjuangkan Agama, Bangsa dan Negara.

    ReplyDelete
  3. Salam,
    Terima Kasih atas komen saudara Yang Gambi & Ss Sekijang semoga UMNO diberikan nafas baru di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib, selaku Perdana Menteri.

    ReplyDelete