KUALA LUMPUR 22 Mac - Semakin banyak pihak yang membuat laporan polis hari ini berikutan pendedahan rancangan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengambil alih kerajaan pada 16 September 2008.
Hari ini, sebanyak lapan lagi laporan diterima pihak polis di seluruh negara mendesak supaya pendedahan Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim mengenai tindakan Ketua Pembangkang itu, disiasat.
Daripada jumlah itu, empat Pergerakan Pemuda UMNO negeri iaitu Perak, Kedah, Melaka dan Pahang membuat laporan di negeri masing-masing berikutan pendedahan itu yang dianggap menghina Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.
Turut membuat laporan polis berhubung pendedahan itu adalah Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Bukit Mertajam di Pulau Pinang dan Pemuda UMNO Bahagian Kangar, Perlis.
Selain itu, Pergerakan Puteri UMNO dan Majlis Gabungan NGO Pembela Negara (Magaran) membuat laporan, masing-masing di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul dan IPD Gombak hari ini.
Di Ipoh, Pemuda UMNO Perak mendesak supaya Anwar dikenakan tindakan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana 'mengisytiharkan perang' terhadap Yang di-Pertuan Agong.
Ketuanya, Maslin Sham Razman menegaskan, tindakan itu pernah diambil terhadap kumpulan Al-Maunah yang pernah menggemparkan negara di Perak, 10 tahun lalu.
"Menjaja nama Yang di-Pertuan Agong kononnya memperkenankan beliau sebagai Perdana Menteri keenam adalah satu kesalahan yang serius.
"Kita kesal dengan pembohongan yang dilakukan oleh Anwar. Beliau seperti cuba mengulangi tindakan Al-Maunah," katanya selepas membuat laporan di Balai Polis Sungai Senam.
Zahrain dalam perbahasan Dewan Rakyat pada Khamis lalu mendedahkan temberang Anwar kononnya dia telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk menjayakan rancangan mengambil alih kerajaan Pusat pada 16 September 2008.
Antara pembohongan lain yang didedahkan Zahrain ialah dakwaan Anwar kononnya ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) bersedia melompat parti sudah mencukupi untuk membentuk kerajaan baru.
Pendedahan yang dibuat oleh Datuk Seri Zaharian bin Hasim, membuka tembelang yang dibuat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa ramai Ahli Parlimen BN akan melompat parti ianya satu pembohongan. Beliau sanggup menjual nama Yang di-Pertuan Agong dan Angkatan Tentera Malaysia demi kepentingan dirinya. Oleh setiap rakyat perlu berfikir negara yang ditadbir urus dengan baik dan berwawasan oleh Kepimpinan Datuk Seri Najib perlu diteruskan dan sokongan rakyat tentang 1 Malaysia mula diterima oleh rakyat Malaysia.
No comments:
Post a Comment