Thursday, March 11, 2010

PERDANA MENTERI SASAR EKONOMI TUMBUH LEBIH 6 %



KUALA LUMPUR 10 Mac – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau masih belum berpuas hati dengan pencapaian 4.5 peratus pertumbuhan ekonomi negara yang dicapai pada suku terakhir tahun lalu.
Perdana Menteri berkata, beliau hanya akan berasa gembira jika angka pertumbuhan ekonomi mencecah angka enam peratus atau lebih, yang menjadi sasaran pada tahun ini.


“Saya amat berharap sasaran ini dapat dicapai hasil kerjasama semua pihak baik daripada kerajaan, swasta mahu pun rakyat.
“Saya yakin dengan gabungan semua pihak atas semangat 1Malaysia, apa yang kita hasratkan ini akan tercapai,” ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis makan malam sempena Tahun Baru Cina Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian China Malaysia (ACCCIM) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini malam ini.
Turut hadir isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansor dan Presiden ACCCIM, Tan Sri William Cheng.


Dalam perkembangan berkaitan, Najib meminta pelabur Cina tempatan dan asing supaya meningkatkan jumlah pelaburan di negara ini bagi menjana ekonomi negara.
“Tahun ini merupakan Tahun Harimau mengikut kalendar Cina. Saya harap dengan semangat harimau garang ini kita dapat bergabung tenaga untuk menjadikan Malaysia yang harmoni dan makmur,” tambahnya.
Menyentuh mengenai perkembangan politik di negara ini, Perdana Menteri berkata, beliau mahu parti kaum Cina yang sedang berhadapan dengan masalah supaya segera mencari jalan penyelesaian.
Ayuh, segeralah bangkit untuk hadapi cabaran. Marilah kita jadikan Malaysia negara yang hebat bermula tahun ini,” katanya.


Ia satu langkah yang bijak di zaman kepimpinan Datuk Seri Najib.

No comments:

Post a Comment