Wednesday, December 16, 2009

PERDANA MENTERI LANCAR KLINIK 1 MALAYSIA



KUALA LUMPUR 16 Dis. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka merasmikan secara serentak 50 Klinik 1Malaysia di seluruh negara pada 7 Januari depan.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, upacara perasmian peringkat kebangsaan akan diadakan di Klinik 1Malaysia Kerinchi, Lembah Pantai di sini yang juga merupakan klinik pertama beroperasi.


Beliau berkata, klinik-klinik lain pula akan beroperasi secara berperingkat selepas Januari depan. “Kita yakin Klinik 1Malaysia dapat menjaga kesihatan rakyat dengan meluas dan menyeluruh untuk memastikan mereka menikmati mutu perkhidmatan terbaik,” katanya pada sidang akhbar selepas melakukan lawatan kerja ke tapak Klinik 1Malaysia Kerinchi di sini hari ini. - Utusan


Ia sebagai satu langkah yang baik bagi menjaga kesihatan rakyat Malaysia. Negara lain tidak ambil peduli hal tersebut, yang penting ketenteraan, pembangunan rakyat , persenjataan dan rakyat pandai-pandai sendiri.Malaysia adalah negara contoh menjaga kepentingan rakyat.

1 comment:

  1. Bro, betul tu, tetapi Melayu jangan terlalu alpa dengan agenda komunis DAP..... mereka boleh melenakan Anwar dengan Nik Aziz dengan jawatan, tetapi mengetuk gendang perang untuk membunuh kuasa Melayu......

    ReplyDelete