Tuesday, December 15, 2009

PERTUMBUHAN POSITIF SUKU INI

KUALA LUMPUR 14 Dis. - Malaysia berada di landasan tepat untuk mencatat pertumbuhan positif pada suku keempat tahun ini.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, sektor eksport telah menunjukkan tanda-tanda pemulihan mulai pertengahan tahun ini.


Menurutnya, tempahan kerja yang mula menyaksikan peningkatan dan pengambilan pekerja baru sejak dua bulan lalu, mencerminkan pertumbuhan positif pada Oktober lalu.
"Angka positif bagi bulan itu adalah tertinggi buat pertama kali dalam beberapa bulan dengan peningkatan sebanyak 15 peratus berdasarkan perbandingan bulan ke bulan manakala 1.6 peratus berdasarkan perbandingan tahunan.


"Bagaimanapun, sama ada perkembangan eksport kekal mantap bergantung kepada pasaran utama dalam eksport dan juga keadaan ekonomi negara dagang," katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan majlis penyerahan kelulusan untuk mengamalkan undang-undang oleh Lembaga Perkhidmatan Undang-Undang Victoria dan Persatuan Guaman New South Wales di Australia kepada syarikat guaman Malaysia, Zaid Ibrahim & Co. (ZICO), di sini hari ini.

Kok.

Mustapa berkata, eksport sektor elektrik dan elektronik (E&E) meningkat sebanyak 40 peratus.
Mengenai kelulusan yang diperoleh oleh ZICO untuk beroperasi di Australia, beliau berkata, pengembangan operasi dan eksport perkhidmatan guaman syarikat itu selaras dengan dasar kerajaan untuk memacu pertumbuhan dan eksport dalam sektor perkhidmatan.
"Matlamat kami ialah untuk mempromosi dan memasang strategi daya saing global Malaysia dalam perdagangan antarabangsa dengan menghasilkan barangan dan perkhidmatan tambah nilai yang tinggi," ujarnya.


Ia sabagai tanda Malaysia mampu memulihkan ekonominya dan membawa keluar kisis ekonomi yang dihadapinya.

1 comment:

  1. Bro, betullah tu, tapi bagaimana dengan keperhatian Wakil-Wakil Rakyat BN yang diberi amanah oleh rakyat ?

    Anwar hampir berjaya menumbangkan kerajaan BN kerana kecuaian mereka di Dewan Rakyat....

    ReplyDelete