2010/05/03KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamad Ezam Mohd Noor, berkata pelantikan beliau sebagai Senator menjadi landasan terbaik bagi beliau untuk menerangkan kepada rakyat tentang anasir jahat yang mengamalkan politik melampau dan membahayakan negara. "Saya merasakan tanggungjawab saya untuk mempertahankan negara dan asas negara ini daripada serangan yang dilakukan oleh kelompok pengkhianat dan pelampau dalam negara.
"Justeru, saya akan ambil tanggungjawab ini sebab saya pernah jadi sebahagian daripada mereka untuk menerangkan kepada rakyat, terutama anak-anak muda bahawa ia sesuatu yang berbahaya kepada negara," katanya kepada pemberita selepas mengangkat sumpah jawatan Senator bersama-sama tiga yang lain di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang, di Dewan Negara hari ini.
Tiga lagi ialah Timbalan Presiden MIC dan bekas Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk G Palanivel; Pengerusi Eksekutif Rahim and Co, Datuk Abdul Rahim Abdul Rahman; dan Ketua Wanita Umno Bahagian Pagoh, Noriah Mahat.
Ezam berkata, adalah menjadi tanggungjawab setiap rakyat Malaysia untuk mempertahankan negara daripada dirosakkan oleh pelampau politik yang sanggup menjual nama Yang di-Pertuan Agong dan negara demi kepentingan peribadi. Bagi Ezam, pelantikan itu adalah dan tanggungjawab yang diberikan Datuk Seri Najib Razak untuk membantu, khususnya, dalam usaha pembaharuan dan transformasi yang dilakukan sejak dilantik Perdana Menteri. "Apa yang telah dilakukan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib menyakinkan saya bahawa beliau adalah seorang tokoh yang serius dan bersungguh-sungguh dalam usaha reform (pembaharuan) dan transformasi negara dan saya mahu bersama-sama beliau," katanya. Ezam pernah memegang jawatan sebagai setiausaha politik kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan adalah pengasas dan pengerusi Yayasan Generasi Baru Nusantara. - Bernama
Perlantikan Ezam Md Nor sebagai Senator sebagai pletform untuk mempertahan kepimpinan Dato' Seri Najib sebagai Perdana Menteri, belai telah banyak melakukan pembaharuan dalam negara dan telah mula dikenali di mata dunia luar. Ia juga telah diterima oleh rakyat Malaysia dan menyambut baik konsep 1 Malaysia.
No comments:
Post a Comment