Wednesday, May 26, 2010

UMNO KESAL DIPERSALAHKAN OLEH ANAK SAMY VELLU

KUALA LUMPUR 25 Mei - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal menegaskan, UMNO tidak pernah berniat untuk berbuat demikian apatah lagi memecahbelahkan parti-parti komponen kerana ia akan memberi kesan terhadap kekuatan BN sendiri.
Mohd. Shafie diminta mengulas tuduhan S. Vell Paari iaitu anak Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu bahawa UMNO menggunakan 'pembunuhan politik' untuk memecahbelahkan parti komponen BN itu dalam wawancara dengan laman web Free Malaysia Today semalam.

Sementara itu, seorang lagi Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, masalah yang dihadapi MIC kini langsung tiada kena-mengena dengan UMNO.
"Takkan semua yang tak kena, UMNO yang menjadi dalang. MIC perlu selesaikan masalah sendiri tanpa perlu menuduh orang lain," katanya.
Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin, hairan dengan tindakan Vell Paari itu yang dilakukan tanpa usul periksa.
Sehubungan itu, Bung Mokhtar mahu anak Presiden MIC itu meminta maaf secara terbuka terutama kepada pemimpin-pemimpin UMNO.
Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican pula menyifatkan Vell Paari sebagai seorang yang biadab dan tidak bermaruah.

Dalam pada itu, Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee berkata, Vell Paari tidak berhak membuat tuduhan sebegitu kerana UMNO tidak mempunyai masalah dengan MIC mahu pun komponen yang lain.
''Sepatutnya Vell Paari menasihati bapanya supaya segera meletakkan jawatan kerana kepimpinannya sudah ditolak oleh sebahagian besar masyarakat India,'' kata beliau.


Apa yang berlaku kelemahan pemimpin mereka, UMNO juga yang dipersalah itu tidak adil.
Sepatutnya lihatlah sendiri apa kelemahan tersebut sebelum menyalahkan orang lain.Presiden MIC itu sudah terlalu lama sepatutnya perlu berundur secara terhormat jangan ahli-ahli MIC telah marah baru hendak berundur itu tidak kena.

No comments:

Post a Comment