Wednesday, May 26, 2010

PERDANA MENTERI BEGITU BERANI AMBIL RISIKO SELESAI ISU MALAYSIA & SINGAPURA

KUALA LUMPUR 25 Mei - Penyelesaian beberapa isu yang sekian lama tertangguh antara Malaysia dan Singapura merupakan kejayaan terbesar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam usaha mengukuhkan hubungan antara kedua-dua negara.
Pengarah Pusat Dasar Teknologi & Kajian Antarabangsa (Centepis), Kampus Antarabangsa Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Profesor Dr. Azmi Hassan pula memuji Perdana Menteri kerana berani mengambil risiko.
Menurutnya, jika sesuatu isu sensitif hendak diselesaikan melalui diplomasi, seseorang pemimpin perlu mempunyai kekuatan politik yang ketara dan Perdana Menteri telah membuktikan kewibawaan beliau.

"Contohnya seperti isu tanah KTMB dan bekalan air bersih sudah lama gagal diselesaikan kerana kedua-dua pihak tidak berani mengambil risiko menyelesaikannya.
"Perdana Menteri mengambil pendekatan strategik dan menolak ke tepi perkara yang boleh membantutkan hubungan dua hala demi memacu ekonomi negara pada masa depan,'' jelasnya.
Azmi berkata, penyelesaian ini telah memberi manfaat yang lebih besar kepada negara berbanding mempertahankan 'ego' dengan memendamkan sahaja masalah tersebut.
"Secara realitinya, negara akan menerima kesan pembangunan ekonomi jangka masa panjang seperti penubuhan syarikat usaha sama dan kerjasama membangunkan Iskandar Malaysia," katanya.
"Perkara tersirat daripada penyelesaian tersebut ialah memulihkan hubungan dan persepsi antara kerajaan dengan kerajaan dan rakyat dengan rakyat pada masa akan datang,'' jelasnya.


Perkara yang lama tertangguh perlu diselesaikan kerana jika tidak ia akan menjadi perkara yang sukar diselesaikan. Langkah Perdana Menteri yang berani menyelesaikan adalah satu perkara yang baik dan mencari jalan penyelesaian kerana kedua negara bersahabat dan berjiran.

1 comment:

  1. Tetapi Mat Yen, ada pihak melihat disebaliknya.... macam-macam dah kepimpinan UMNO kena kutuk.... yang peliknya ada dari dalam UMNO sendiri pun...

    ReplyDelete