Thursday, May 27, 2010

BETUL KATA PAK LAH SUBSIDI PADA YANG PERLU



KUALA LUMPUR 26 Mei - Prinsip asas dalam pemberian subsidi di negara ini perlu mengutamakan mereka yang berpendapatan rendah, orang miskin serta tidak berkemampuan, kata Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Bekas Perdana Menteri Kelima itu menegaskan, walaupun ada subsidi yang tidak boleh dihapuskan namun ia bukan bermakna semua golongan perlu diberikan subsidi.


''Terlalu banyak memberi subsidi juga tidak baik kepada negara dan tindakan kerajaan untuk mendapatkan pandangan rakyat mengenai subsidi ini merupakan satu perkara baik dalam usaha menentukan tindakan sepatutnya dalam mengurangkan jumlah subsidi yang terpaksa di tanggung," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Seminar Antarabangsa Pertama Mengenai Jerman dan Kebudayaan Islam anjuran bersama Kedutaan Jerman serta Institut Antarabangsa Kajian Tinggi Islam (IAIS) di sini hari ini.
Kerajaan hari ini melancarkan program untuk mendapatkan maklum balas daripada rakyat mengenai subsidi yang kini mencecah RM74 bilion setahun.


Kerajaan boleh menarik balik subsidi siapa yang deritanya orang kampung yang miskin, kakitangan kerajaan dan pekerja sendiri dan makan gaji dengan swasta. Beban kenaikan harga barang memang ditanggung oleh orang ramai pada masa kini. Bagi yang berpendapatan besar mereka tiada masalah dalam hal tersebut. Yang terhimpitnya golongan masyarakat kampung dan kakitangan kerajaan, yang perlu bayar rumah, bayar kereta, persekolahan anak-anak dan sebagainya. Fikirlah golongan yang tidak berkemampuan dan subsidi ini wajar dikekalkan, punca kenaikan harga barang iaitu kenaikan harga minyak yang tinggi dipasaran pada satu masa dahulu. Di sebabkan Dato Seri Najib bijak, ia dapat mengawal dari terus melanda kegawatan ekonomi kepada negara ini, syabas Dato' Seri Najib Perdana Menteri yang kita kasihi.

No comments:

Post a Comment