Wednesday, May 19, 2010

GAGASAN 1 MALAYSIA SELARI DENGAN PRINSIP ISLAM



PUTRAJAYA 18 Mei - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, gagasan 1Malaysia yang diperkenalkan di bawah pentadbirannya selari dengan prinsip-prinsip Islam.
Perdana Menteri berkata, ini termasuk prinsip toleransi dan keadilan sosial serta penerimaan kepada kewujudan pelbagai kaum di negara ini.
Beliau yang mengikuti Syarahan Perdana Putrajaya bertajuk Abad Islam: Mitos atau Realiti yang disampaikan oleh Prof. Dr. Ali Al'Amin Mazrui berkata, pembentangan oleh intelektual Islam tentang prinsip-prinsip Islam ternyata selari dengan gagasan 1Malaysia.


''Saya amat tertarik dengan syarahan Dr. Ali Al'Amin Mazrui.
''Beliau juga memetik sepotong ayat al-Quran (maksudnya) Allah menjadikan manusia dalam kelompok, kabilah dan negara supaya kita mengenali antara satu sama lain, bezanya cuma dari segi ketakwaan kepada Allah," katanya.


Perdana Menteri berkata, petikan ayat al-Quran dari Surah al-Hujurat ayat 13 itu menuntut supaya manusia mengamalkan kepimpinan dan cara hidup yang menghargai setiap yang dijadikan Allah iaitu kewujudan kepelbagaian budaya dan kaum.


Islam mengajak umat manusia berbaik semasa sendiri tidak kira kaum, bangsa dan agama, perpaduan adalah kunci kejayaan utama sesuatu kecemerlangan sebuah tamadun dalam dunia. Jika kehormonian hidup di antara masyarakat ini tidak dapat dikekalkan ia akan menyebabkan

kaum -kaum yang ada tidak puas hati sesama mereka. Dengan konsop 1 Malaysia perpaduan adalah amat penting diamalkan oleh rakyat Malaysia.

No comments:

Post a Comment