KUALA LUMPUR 10 Mei - Ahli-ahli UMNO disaran keluar daripada kepompong tradisi parti dan cuba melakukan pembaharuan yang lebih berani serta efisien dalam usaha mengekalkan kestabilan parti dan semangat perjuangan di kalangan orang Melayu.
Pensyarah di Jabatan Antropologi dan Sosiologi, Fakulti Sains dan Sastera, Universiti Malaya (UM), Dr. Noor Sulastry Yurni Ahmad berkata, pembaharuan dimaksudkan termasuklah memberi lebih banyak peluang dan kepercayaan kepada ahli wanita serta golongan muda untuk menjadi pemimpin.
Katanya, sudah tiba masanya barisan kepemimpinan UMNO menonjolkan kumpulan baru untuk seiring dengan orang-orang lama menerajui parti keramat itu.
''Kebanyakan daripada mereka terdiri daripada golongan cerdik pandai yang telah berjaya. Saya percaya mereka boleh menarik pengundi di luar sana yang rata-ratanya berpendidikan dan matang dalam dunia politik,'' katanya di sini hari ini.
Beliau berkata demikian kepada Utusan Malaysia ketika ditanya mengenai pandangan dan cadangannya kepada UMNO yang akan menyambut ulang tahun ke-64 esok.
Mengulas lanjut, Noor Sulastry yakin, jika UMNO memilih untuk berubah ke arah itu Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang pasti memberi kemenangan besar kepada UMNO.
''Ahli-ahli lama tidak perlu risau tentang kebolehan golongan muda untuk menjadi pelapis, golongan itu hanya perlu dibimbing dengan cara yang betul,'' kata beliau.
Sementara itu, Profesor Politik dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Dr. Mohamed Mustapa Ishak, berpendapat pembaharuan di dalam UMNO sangat penting untuk parti itu terus kekal relevan.
Menurutnya, perubahan tersebut bukan sahaja dalam bidang politik malah di dalam kerajaan serta pelbagai dimensi lain bagi memastikan parti sentiasa selari dengan pembaharuan dunia dari aspek ekonomi dan persekitaran antarabangsa.
''UMNO perlu konsisten untuk berubah sepanjang masa, jika ini berjaya dilakukan oleh parti saya yakin UMNO akan mempunyai tempat di dalam hati setiap orang Melayu,'' katanya.
Mohamed Mustapa memberitahu, UMNO sangat berperanan dalam membangunkan bangsa dan negara.
Perubahan dalam UMNO perlu wajar diteruskan.Ia bagi mengantikan orang -orang lama dengan pelapis golongan muda. Ia bertujuan bagi menarik golongan muda supaya menyokong UMNO yang dilihat banyak membantu semua kaum di dalam negara ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Salam bro, UMNO perlu pembaharuan......tinggalkan segala gejala negatif yang boleh merosakkan UMNO..
ReplyDeleteUMNO bukan perlukan pembaharuan tapi perlu kembali kepada tujuan asal penubuhannya. Pemimpin UMNO jangan lupa kepada kehendak akar umbi Melayu. Pemimpin UMNO Jangan menjadikan kehendaknya sebagai kehendak akar umbi Melayu. Kalau pemimpin UMNO nak ikut kehendaknya sendiri seolah-olah dialah suara akar umbi Melayu, keluar lah dari UMNO, buat parti lain atau join parti lain.
ReplyDeleteTarima kasih atas pendangan yang gambi & mae 1000,semoga teguran tersebut akan menyedarkan ahli-ahli UMNO dan ianya perlu berubah sebelum UMNO itu lemah dan diperlekehkan oleh lawan.
ReplyDelete