KOTA BELUD - Politik ekstrim yang diamalkan oleh sesetengah pihak di negara ini hanya merugikan rakyat dan tidak mendapat tempat di kalangan rakyat, kata Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Salleh Tun Said.
Dalam hal ini, katanya, UMNO yang menjadi tonggak pemerintahan negara, sentiasa mengutamakan kesederhanaan berpolitik dan mementingkan kestabilan serta keharmonian kaum. “Walaupun berlainan ideologi, kita seharusnya terus menjaga kestabilan demi kebaikan bersama. Bagi UMNO, kita sentiasa menerima kritikan yang membina untuk kesejahteraan semua pihak,” katanya selepas merasmikan Hari Keluarga anjuran majlis Pembangunan Wanita Parlimen Kota Belud dengan kerjasama Wanita UMNO Bahagian Kota Belud dekat sini, semalam.
Salleh, yang juga memegang jawatan berstatus menteri iaitu Penasihat Sains kepada Ketua Menteri, berkata UMNO adalah parti yang membela nasib rakyat tanpa mengira kaum dan fahaman politik. “Sebab itu program ini disebut Juara Rakyat dan bukannya Juara UMNO atau Barisan Nasional kerana ia bukan untuk ahli UMNO semata-mata tetapi memerlukan penglibatan semua kaum tanpa mengira fahaman politik.
“Politik hari ini bukan lagi seperti politik di zaman 10 atau 20 tahun yang lalu kerana dunia tanpa sempadan memerlukan pemimpin sentiasa peka terhadap permasalahan dan segera turun padang untuk merungkai permasalahan,” katanya. Sehubungan itu, Salleh menggesa golongan muda agar tampil memberi pandangan membina melalui laman blog atau facebook, tetapi bukannya pandangan meluluh yang boleh mengaibkan negara. - Bernama
Itu semua adalah pandangan yang membina untuk kesejahteraan semua kaum yang ada di dalam negara ini. Kita seharusnya menyokong usaha yang dilakukan oleh kerajaan BN sekarang yang lebih cenderung membangunkan negara dan menjaga perpaduan semua kaum di dalam negara ini. Jangan kerana politik untuk kepentingan diri ia sanggup melakukan perkara-perkara yang boleh menghancurkan negara amnya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
UMNO telah lama mengajar penyokongnya bersikap sederhana, sabar dan bertimbang rasa.... bukan bersikap kurang ajar, lupa daratan serta tidak mahu berterima kasih....
ReplyDelete