KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat, Ezam Mohd Noor menyifatkan pelantikan beliau sebagai senator adalah landasan terbaik untuk menerangkan kepada rakyat anasir jahat yang mengamalkan politik melampau dan membahayakan negara.
Menurutnya, spekulasi bahawa akan diberikan jawatan dalam kerajaan itu bukan matlamat beliau sebaliknya Ezam melihat pelantikannya itu, sebagai pengiktirafan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terhadapnya. “Ketika saya menjadi pemimpin pembangkang, saya hanya bertanding sekali pada 1999, pada 2004, saya tidak tanding (pilihan raya umum) selepas saya mendedahkan dokumen-dokumen rasuah.
“Jika saya sememangnya berhasrat mahu bertanding, saya sudah tentu tidak melakukan perkara itu, tindakan saya tidak pernah disebabkan oleh langkah (kejar) jawatan,” katanya selepas mengangkat sumpah jawatan senator di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang di Dewan Negara, semalam.
Ia satu langkah membantu kerajaan dalam menangani isu yang ditimbulkan oleh mereka-mereka yang ingin merosakkan negara. Rakyat dapat hidup dalam berbilang kaum dan agama tetapi apabila diapi-apikan ianya akan menjadi panas dan menimbulkan rasa ketidak puas hati dikalangan rakyat dalam negara ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment