Tuesday, May 4, 2010

UMNO KESAL DIBERIKAN GELARAN BODOH OLEH NIK AZIZ


2010/05/04KUALA LUMPUR: Umno kesal dengan sikap Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik yang memberi gelaran ‘bodoh’ terhadap mereka yang membantah kenyataannya sebelum ini bahawa isu politik boleh dibincangkan dalam masjid. Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Seri Noh Omar, berkata pendirian Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan menunjukkan tokoh ulama Pas itu tidak menghormati undang-undang negeri lain dan juga Sultan.

“Bagi saya kalau dia (Nik Aziz) kata orang lain bodoh, dia dua kali bodoh sebab jadi Menteri Besar tidak tahu peraturan. Dia tidak tahukah itu kerja Sultan.
“Saya nak tanya pada Nik Aziz andai kata Sultan Kelantan mengeluarkan peraturan seperti itu (larangan berpolitik di masjid) adakah dia akan patuh atau tidak. “Ini menunjukkan dia tidak menghormati undang-undang negeri lain. Inikah yang diajar oleh Islam,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, semalam. Nik Aziz dalam ceramahnya di Kampung Kubang Batang, Wakaf Baru kelmarin menyifatkan individu yang tidak mahu menerima kenyataannya sebagai bodoh menerusi kata-katanya: “Baso bodo payoh nak ajar (jenis bodoh susah hendak diajar), inilah sikap orang yang amal politik suku agama suku.”


Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani meminta Nik Aziz menghormati undang-undang negeri lain terutama berhubung larangan menggunakan masjid atau surau bagi tujuan berpolitik. “Kalau tak suka undang-undang negeri lain, jangan datang ke Selangor. Pergilah negeri yang rasa boleh guna masjid jadi tempat berpolitik. Jangan hina undang-undang negeri lain. Saya sebagai orang Selangor cukup marah dengan kenyataan beliau. Kalau nak berpolitik jangan hina undang-undang negeri orang. “Di Kelantan nak berkhutbah, nak berkempen... gasaklah tidak ada halangan selagi dia Menteri Besar, dia buatlah undang-undang apa yang dia suka tetapi janganlah perangai dan ‘style’ di Kelantan itu dibawa ke Selangor,” katanya.


Kita mesti hormati undang dan peraturan yang dikeluarkan oleh sebuah negeri, yang mana Ketua Agama adalah Sultan itu sendiri. Kita patut hormat dan patuh akan peraturan sebuah negari tersebut. Jika kita sesuka hati menghentam yang dibuat oleh Yang Berkuasa dalam bidang Agama iaitu Sultan kita dianggap mencabar Sultan dan tidak menghormati peraturan yang dikeluarkan oleh Sultan sesebuah negeri itu.

No comments:

Post a Comment