Friday, May 21, 2010

NEGARA ASIA BARAT BERMINAT MELABUR DI MALAYSIA



KUALA LUMPUR 20 Mei - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan mula menerima isyarat positif dari negara-negara di Asia Barat untuk melabur di Malaysia.
Perdana Menteri berkata, antaranya melibatkan komitmen yang dinyatakan Lembaga Pelaburan Qatar (QIA) yang baru-baru ini telah bersetuju untuk melabur AS$5 bilion di Malaysia yang melibatkan sektor hartanah, tenaga dan perkhidmatan.
''Mereka ingin mengadakan usaha sama dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan menyerahkan kepada pihak kerajaan untuk mengenal pasti projek yang sesuai.


''Emiriah Arab Bersatu (UAE) adalah antara negara yang turut menunjukkan minat sama.
''Saya juga telah menerima banyak isyarat pelaburan dari negara-negara Teluk lain yang saya akan maklumkan dalam sedikit masa lagi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Bangunan Baru Ibu Pejabat Utusan Melayu (M) Berhad yang baru di sini hari ini.
Terdahulu dalam ucapannya, Najib berkata, pelaburan asing di negara ini terus meningkat termasuk membabitkan Western Digital yang mengumumkan pelaburan AS$1.2 bilion baru-baru ini.
''Dua hari lalu saya berjumpa dengan Ketua Pegawai Eksekutif Western Digital (Datuk John F. Coyne) yang beritahu saya bahawa mereka komited untuk melabur dan dalam masa setahun ini sahaja dari Jun hingga Jun akan datang sebanyak AS$250 juta akan dibelanjakan.
''Ini akan melibatkan 10,000 pekerjaan tambahan termasuk 100 lulusan doktor falsafah (PhD) dan 1,000 lulusan lepasan ijazah," katanya.


Tambah Najib, perkembangan positif lain melibatkan lonjakan Malaysia daripada kedudukan ke-18 tahun lalu ke tempat ke-10 di kalangan negara paling berdaya saing di dunia mengikut laporan World Competitiveness Yearbook 2010.


''Kita telah menunjukkan pemulihan ekonomi yang begitu meyakinkan dan tiada siapa yang dapat meramalkan. Malah saya sendiri pun terkejut bila saya diberitahu bahawa suku pertama kita mencapai 10.1 peratus.


Rakyat perlu terus menyokong kepimpinan Dato' Seri Najib selaku Perdana Menteri yang dilihat

mampu membawa keluar kegawatan ekonomi yang melanda negara ini, dari terus dihimpit kesusahan kepada ekonomi negara dan rakyat amnya.Kita seharus bersyukur dengan langkah yang dirancang telah berjaya membawa keluar dari isu kegawatan ekonomi tersebut.

1 comment:

  1. Mat Yen, hanya masyarakat yang telah terlalu jumud pemikiran dengan dakyah-dakyah pembangkang sahaja yang tidak mahu memikirkan usaha-usaha kerajaan UMNO-BN untuk memajukan ekonomi negara....

    ReplyDelete