SINGAPURA 23 Mei - Bagi meraikan kedatangan Datuk Seri Najib Tun Razak sempena lawatan dua harinya ke Singapura, Perdana Menteri telah dijamu dengan buah-buahan durian, termasuk yang diimport khas dari Malaysia, malam tadi
Acara sambutan untuk Najib itu, yang dianjurkan oleh Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong di Pulau Sentosa, diadakan dalam suasana mesra dan tidak formal sebagai menandakan permulaan baik kepada rundingan 'empat mata' mereka pagi esok.
Rundingan yang dijalankan dalam konsep pemukiman (retreat) itu tidak menetap sebarang agenda perbincangan agar kedua-dua pemimpin tertinggi kerajaan dapat membincangkan apa sahaja tanpa sekatan atau bantahan.
Dalam satu kenyataan semalam, Kementerian Luar Singapura dipetik oleh akhbar The Sunday Times hari ini sebagai berkata, bahawa pemukiman tersebut akan mengukuhkan lagi hubungan peribadi kedua-dua perdana menteri dan bertemu dalam persekitaran yang tidak formal.
"Kedua-dua pemimpin akan membincangkan cara-cara bagi meningkatkan lagi kerjasama dua hala dan bertukar-tukar pandangan mengenai perkembangan di peringkat serantau," lapor akhbar itu.
Ia satu langkah yang baik untuk menjalinkan perhubungan yang baik di antara ke belah negara serantau Asian. Dengan program lawatan ini ia membuka lambaran baru bagi ke dua belah pihak saling bertukar pandangan dan mengeratkan hubungan di antara ke dua pemimpin tersebut.
No comments:
Post a Comment