KOMITMEN Datuk Seri Najib Tun Razak pada kerja bukan rahsia lagi.
Jadual rasmi hariannya padat. Di Washington tempoh hari sebelum pertemuan dua hala dengan Presiden Barack Obama, Perdana Menteri dikatakan oleh pegawainya, bergerak keluar masuk dari 'pintu ke pintu' (bertemu pemimpin tertentu).
Khamis lepas, sebaik sahaja tiba dari Sibu, beliau bergegas masuk pejabat mengumumkan prestasi pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku pertama tahun ini 10.1 peratus.
Meminta isu lain diulas di lain kali, belum sempatpun menutup sidang akhbarnya, penasihat media beliau, Datuk Seri Jalaludin Bahaudin bersuara 'Datuk Seri, mesyuarat sudah nak start' - yang dikatakan berkisar persediaan rundingan tahunan dua hala dengan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono.
Dalam setahun ini, terutama apabila mengulas soal pelaburan atau ekonomi, Najib tidak gemar bercakap pasal 'jangkaan atau kalau'. Sebaliknya, hanya mengumumkan sesuatu jika ia benar-benar sudah digapai tangan.
Dan tidak hairanlah seperti mana reaksi positif bercampur gembira Perdana Menteri berkaitan sentimen pelaburan negara sebelum ini, semalam, di majlis pecah Tanah Bangunan Ibu Pejabat Kumpulan Utusan di ibu negara, beliau mengulas tentang kejayaan Malaysia buat pertama kali berjaya berada pada kedudukan ke-10 negara paling berdaya saing di dunia sekali gus membaiki prestasi dari tempat ke-19.

Laporan World Competitiveness Yearbook 2010 (WCY) oleh Institute for Management Development (IMD) berpusat di Switzerland itu meletakkan negara ini tergolong dalam negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, Hong Kong, Singapura, Australia, Norway dan Sweden.
''Kerajaan menyasarkan untuk menaikkan lagi paras daya saing Malaysia ini ke tahap lebih tinggi dengan menambah baik secara berterusan kecekapan dan keberkesanan perniagaan serta kerajaan," katanya.
Dihrapkan dengan kepimpinan Datuk Seri Najib negara terus diurus dan ditadbir dengan baik. Negara terus maju menuju ke arah Wawasan 2020.
No comments:
Post a Comment