Monday, March 8, 2010

SAYA MALU BERSAMA PKR



KUALA LUMPUR: "Saya berasa malu kepada Allah dan umat Islam untuk terus bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR). PKR akan hancur kerana segala keputusan dibuat untuk kepentingan sendiri dan ramai lagi akan keluar selepas ini kerana kecewa dengan keadaan PKR sekarang."


Itu antara luahan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin selepas mengetahui keputusan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR memecat beliau serta-merta, petang semalam. Beliau diberi masa 14 hari untuk membuat rayuan berhubung keputusan yang dikenakan terhadapnya dan jika gagal berbuat demikian PKR mendesaknya supaya mengosongkan kerusi Parlimen yang dimenanginya atas tiket PKR.
Zulkifli kecewa kerana Anwar terlalu taksub untuk mengejar cita-citanya ke Putrajaya (menjadi Perdana Menteri).
Zulkifli yang bertegas untuk tidak membuat rayuan atau mengosongkan kerusinya turut mendakwa PKR tidak mempunyai sebarang agenda untuk perjuangan Islam tetapi menjadikan agenda Islam untuk mainan politik picisan dan retorik murahan serta pembohongan jelas pada rakyat.


Malah, katanya, PKR turut membuat laungan palsu berhubung perjuangan untuk memartabatkan nilai kemanusiaan, mengembalikan hak asasi manusia, mendaulatkan nilai dan prinsip keadilan sejagat.


Seorang pejuang dalam PKR sanggup mendedahkan kepincangan dalam PKR. Ia sanggup tinggal PKR kerana tidak sanggup bersekongkol dengan mereka tidak memperjuangan islam yang sebenar, sebab itulah Zulkifli Nordin menyatakan yang benar tetapi kenyataan beliau tidak disukai oleh pemimpin PKR peringkat tertinggi.

1 comment:

  1. Salam bro, YB Zul bukan sahaja malu bersama PKR kerana sikap munafik pemimpin-pemimpin Melayu dalam PKR, tetapi lebih malu lagi kalau berada dalam PAS yang jelas dan terang telah menggadai nama Islam itu sendiri.........

    ReplyDelete